Dapur

Resepi Kek Batik Simple Kekal Rangup & Tak Lemau, Cukup Rasa Manis Berlemak. Sedapnya!

3.2K
SHARES
RESEPI KEK BATIK SIMPLE

Resepi kek batik simple perkongsian Wan N Wan M di laman Facebooknya ini memang anda kena cuba kerana lain daripada lain. Menurutnya dia lebih menggemari kek batik versi rangup dan tidak lembik.

Jadi, kalau nak pastikan biskut kekal rangup, kena ikut setiap langkah di bawah. Barulah lebih sedap dan tak lemau. Anak-anak mesti suka.

Baca juga: Resepi Puding Thai Warna Warni, Lembut & Cair Di Mulut.. Confirm Anak Suka!

RESEPI KEK BATIK SIMPLE TAPI RANGUP DAN PALING SEDAP

RESEPI KEK BATIK SIMPLE

Lama tak buat kek batik. Mesti ramai yang memang dah biasa buat kan? Macam saya, jarang-jarang buat tapi kalau buat saya akan buat yang versi crunchy. Saya suka biskut tu masih rangup gitu.

Bahan-bahan:

  • 1 paket biskut marie
  • 1 paket serbuk koko 400g
  • 1 buku buttercup
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1 sudu gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara penyediaan:

1. Mula-mula pecahkan biskut marie ini kepada 4 bahagian. Letak dalam bekas dan tutup sementara nak tunggu bahan-bahan lain siap.

2. Cairkan 1 buku butter. Pastikan api perlahan ya.

3. Masukkan susu pekat setengah tin. Ikutlah kalau nak kurangkan boleh, nak lebihkan pun boleh. Kacau sehingga sebati.

4. Dah sebati susu & butter tu, masukkan serbuk koko 400g. Kacau semua sebati sampai tak ada ketul-ketul.

5. Dah elok sebati semuaa, masukkan garam secubit dengan gula 1 sudu. Kacau sehingga semuanya sebati.

6. Masukkanlah semua biskut yang dah patah-patah dan sebatikan semua coklat. Kemudian tutup api.

7. Masukkan dalam bekas dan ratakan. Biarkan di luar selama 2 hingga 3 jam sehingga sejuk.

8. Bila dah sejuk, potong kek batik mengikut saiz yang dikehendaki dan simpan di dalam peti ais. Lebih mudah sekiranya menggunakan cara ini.

Selamat mencuba! Sedapnya kalau makan sejuk-sejuk.

Baca juga: Resepi Apam Pisang Kukus Paling Gebu & Sedap, Confirm Tak Ada Rasa Penaik!

Sumber: Facebook Wan N Wan M

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×