Dapur

Resepi Karipap Sardin Ala Kampung, Penuh Inti & Kulit Rangup Tak Serap Minyak!

22
SHARES
RESEPI KARIPAP SARDIN

Hari ini penulis ingin kongsikan resepi karipap sardin ala kampung. Paling sedap dan kena cuba kerana kulit kekal rangup sehingga malam.

Menerusi perkongsian Che Pah di laman Facebooknya, sukatan di bawah adalah untuk sekilo tepung gandum. Jom cuba buat!

Baca juga: Resepi Puding Coklat Guna 3 Bahan, Hasilnya Tetap Lembut Tergedik-Gedik & Berlemak!

RESEPI KARIPAP SARDIN ALA KAMPUNG, PENUH INTI

RESEPI KARIPAP SARDIN

Bahan-bahan kulit:

  • 1kg tepung gandum
  • 3 sudu makan tepung beras
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 3 sudu besar mentega
  • 1/2 sudu teh garam
  • 750 ml air sejuk coway atau air campur ais pun boleh (1 1/2 cawan)

Cara penyediaan kulit:

1. Panaskan minyak dan mentega. Kemudian tuangkan ke dalam campuran tepung beras dan tepung gandum.

2. Gunakan senduk kayu untuk sebatikan sehingga menjadi seperti serbuk roti.

3. Seterusnya, masukkan secawan air sejuk dan sebatikan. Kalau keras boleh tambahkan air lagi.

4. Uli dan perap selama 30 minit sebelum guna.

Bahan-bahan inti:

  • 2 tin sardin yang besar
  • 1 biji bawang holland
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 sudu makan lada kisar
  • Sedikit halia
  • 1/2 sudu jus limau
  • Kulit kayu manis 2 batang

Cara penyediaan inti: 

1. Asingkan sos sardin dan hancurkan guna garfu.

2. Kisar kasar bawang dan halia. Kemudian tumis bersama kulit kayu manis dan cili kisar.

3. Tumis sehingga naik bau dan masukkan sardin. Perasakan secukupnya.

Timbang doh dalam 40 gram. Canai membentuk bulatan. Lipat dua bulatan doh tadi. Kemudian bahagi dua separuh bulatan tadi. Saya potong guna lidi. Nnti dia jadi macam poket bila dibuka. Masukkn inti dan kelim seperti biasa.

Sedia untuk digoreng. Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Buat Tanghulu Macam Dekat Korea, Rangup Krup Krap Tak Lekat Celah Gigi

Sumber: Facebook Che Pah Che Gu

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×