Dapur

Resepi Popia Sira Sambal Pedas Manis, Nak Rangup Sampai Malam Kena Buat Macam Ni

2.6K
SHARES
RESEPI POPIA SIRA

“Hmm, apa resepi popia sira ya..”

Popia sira sesuai dijadikan hidangan menu petang dan dipadankan bersama teh panas. Kata orang nak buat popia sira agak susah kerana memerlukan teknik yang betul.

Jadi, kalau nak dapatkan popia sedap rangup sampai malam, boleh ikut resepi popia sira di bawah. Sedap dan menyelerakan!

Baca juga: Resepi Popia Begedil Rangup Dan Mudah, Lagi Sedap Cicah Dengan Sambal Kicap Pedas!

RESEPI POPIA SIRA SAMBAL MANIS, RANGUP SAMPAI MALAM

RESEPI POPIA SIRA

Kali kedua buat popia sira sambal manis ini. Sedap sangat. 

Bahan untuk inti:

  • Sengkuang (sagat)
  • Lobak merah (sagat)
  • Taugeh(kalau suka)
  • 2 sudu udang geragau
  • 5 ulas bawang putih (kisar halus)

Bahan untuk sambal:

  • 5 ulas bawang putih (kisar halus)
  • 5 sudu cili kisar
  • 1 sudu biji bijan
  • Sos cili
  • 5 hingga 7 sudu gula (agak-agak)

Bahan lain:

  • Kulit popia
  • Bawang goreng

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan tumis udang geragau dengan bawang putih sehingga wangi.

2. Dah wangi boleh letak sengkuang dan lobak merah. Perasakan garam gula .Goreng sekejap bagi sekata tutup api. Toskan bagi keluar minyak dan air.

3. Untuk sambal tumiskan bawang putih sampai wangi masukkan cili kisar. Tumis sampai naik minyak masukkan sos cili dan serbuk perasa (jangan masukkan air)

4. Kacau rata dan masukkan gula. Tumis sampai berbuih letak bijan kacau-kacau. Tutup api biarkan sejuk.

5. Bila inti dah sejuk boleh balut menggunakan kulit popia. Goreng dengan minayk banyak api sederhana. Jangan terlalu kuat. Siap goreng. Sejukkan sebentar.

Akhir sekali boleh gaul popia dengan sambal sira. Tabur bawang goreng siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Buat Sosej Cheese Ayam Homemade, Versi Sihat Lebih Sedap & Puas Makan!

Sumber: Facebook Hazirah Zaihan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×