Dapur

Cara Buat Bubur Asyura Macam Orang Utara, Manis & Berlemak. Memang Lain Daripada Lain!

5
SHARES
BUBUR ASYURA UTARA

Bubur asyura merupakan hidangan popular di bulan Muharram. Kalau anda nak tahu, bubur ini boleh dimasak dengan pelbagai cara mengikut negeri. Kalau teringin nak rasa bubur asyura utara, ini resepi yang anda perlu ikut.

Lebih menarik lagi, bubur ini perlu dibiarkan sejuk terlebih dahulu sebelum dipotong. Tak sama tekstur macam bubur lain. Jom kita cuba!

Baca juga: Kaswi Gedik Kacang Merah, Makan Dengan Kuah Santan Berlemak Memang Padu!

RESEPI BUBUR ASYURA UTARA, BIARKAN SEJUK SEBELUM POTONG

BUBUR ASYURA UTARA

Bubur asyura utara versi Kedah. Sedapnya.

Bahan-bahan: 

  • 1 kilo tepung beras
  • 1/2 kg gula putih
  • 1/2 kg gula merah
  • 1 cawan gula apong (jika ada)
  • 1/2 kg kacang kuda
  • 1/2 kg kacang hijau
  • 10 biji pisang emas
  • 3 tongkol jagung
  • 1 1/2 kg santan (lebihkan santan kalau nak berlemak)
  • 4 liter air
  • Garam sikit

*Boleh tambah bahan lain seperti ubi keledek, lobak merah dan lain-lain mengikut kesukaan.

Cara memasak: 

1. Rendam semua jenis kacang dan rebus sehingga empuk.

2. Cairkan gula merah dengan sedikit air dan tapiskan.

3. Bancuh tepung dengan air sampai cair dan tak berketul.

4. Panaskan kuali/kawah/periuk pun boleh.

5. Masukkan santan, gula putih, gula merah, gula apong dan garam ke dalam tepung yang dibancuh tadi.

6. Masukkan juga kesemua kacang dan jagung.

7. Kacau sehingga bancuhan tadi menjadi pekat. Kena selalu kacau supaya bahagian bawah tak hangit.

8. Bila dah pekat dan masak, lapik bekas dengan daun pisang dan tuangkan bubur.

9. Biarkan sehingga sejuk sebelum dipotong untuk dhidangkan.

Selamat mencuba!

Baca juga: Resepi Talam Cendol Berlemak, Jangan SKIP Satu Bahan Rahsia Ini. Baru Menjadi!

Sumber: Facebook Rosliza Abdul Halim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×