Dapur

Tak Sangka 7 Bahan Makanan Ini Ada Banyak Kegunaan, Boleh Cuci Peralatan Rumah!

8
SHARES
BAHAN MAKANAN UNTUK MENCUCI

Anda tahu tak sebenarnya boleh boleh menggunakan bahan makanan untuk mencuci dinding, alatan pemanggang dan lain-lain peralatan di rumah?

Ini pertama kali penulis baca tips berkaitan itu dan inginkan kongsikan kepada semua pembaca Sirap Limau di luar sana. Rupanya boleh guna 7 bahan makanan untuk mencuci. Wah! Jimat duit.

Baca juga: Tips Sukatan Air Masak Untuk Pakai Agar-Agar Tali, Paling Mudah & Menjadi!

GUNA 7 BAHAN MAKANAN UNTUK MENCUCI PERALATAN DI RUMAH

BAHAN MAKANAN UNTUK MENCUCI

1. KULIT PISANG 

Jangan pandang rendah dengan kulit pisang. Selain daripada tenyeh dekat muka untuk dapatkan kulit yang cantik, kulit pisang juga boleh digunakan untuk kilatkan semula barangan perak.

2. KULIT TIMUN 

Untuk hilangkan contengan di dinding dan meja, boleh guna kulit timun. Caranya mudah sahaja iaitu gosok pada permukaan yang hendak dibersihkan.

3. SOS TOMATO 

Mungkin tak ramai yang tahu bahawa sos tomato boleh mengilatkan barang tembaga. Caranya adalah sapu sos tomato di permukaan tembaga dan biarkan beberapa minit. Kemudian, bilas dengan air. Tembaga akan menjadi berkilat semula.

4. BAWANG BESAR 

Panaskan pemanggang dan gosok bawang besar yang telah dibelah dua. Kesannya seperti pemanggang baru, karat semua hilang.

BAHAN MAKANAN UNTUK MENCUCI

5. KACANG WALNUT

Kacang walnut boleh menghilangkan calar perabot kayu. Kupas kacang walnut daripada kulitnya dan sental di bahagian yang calar. Kemudian, sapu kesan minyak yang keluar daripada biji walnut itu.

Lepas beberapa minit, ambil kain dan lap perlahan-lahan di kawasan calar. Hasilnya memang terkejut!

6. KEPINGAN ROTI 

Ambil sekeping roti biasa dan jadikan seperti kain lap. Lap di seluruh kawasan kaca berderai. Cara ini mampu mengutip serpihan kaca kecil yang tak nampak di pandangan mata.

7. MINYAK ZAITUN 

Sapukan sedikit minyak zaitun pada bahagian yang terkena getah pokok. Biarkan sekejap dan getah pokok akan tertanggal sendiri.

Wah, lepas ni habis satu rumah berkilat la nampak gayanya.

Baca juga: Jangan Cakap Pandai Masak Kalau Tak Tahu 29 Petua Memasak Ini

Sumber: Facebook No Or

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×