Dapur

Tips Sukatan Air Masak Untuk Pakai Agar-Agar Tali, Paling Mudah & Menjadi!

4.1K
SHARES

Nak masak agar-agar bukannya mudah terutamanya jika menggunakan agar-agar tali kerana tidak tahu sukatan air yang diperlukan. Kalau terlebih air nanti hasilnya lembik, kalau terkurang keras pula. Pening kepala dibuatnya! Jangan risau, kali ini kami kongsikan tips sukatan agar agar tali. Confirm tak akan gagal dah!

Baca juga: Wah! Guna 1 Adunan Boleh Hasilkan 4 Jenis Biskut Raya Mesra Baby, Mommy Kena Cuba

TIPS SUKATAN AGAR AGAR TALI, CONFIRM MENJADI ELOK

SUKATAN AGAR AGAR TALI

Agar-agar tali 20 gram = 7 cawan cecair = keras sikit

Agar-agar  tali 20 gram = 8 cawan cecair = sedang elok

Agar-agar tali 20 gram = 9 cawan cecair = lembik sikit

Size cawan guna cawan kopi yang bertangkai. Jangan guna mug, tin susu, cawan materik, gelas, kole atau cawan sukat beras.

Cecair pula adalah sama ada terdiri daripada air, santan, susu cair dan susu segar. Gula tak masuk dalam kuantiti cecair ye.

SUKATAN AGAR AGAR TALI

Kalau nak buat agar agar dalam kuantiti sikit untuk 3 kanak-kanak makan, boleh guna 1/4 agar-agar tali itu.

Nak dapatkan 1/4 kena bahagikan agar-agar tali kepada 4 bahagian. Ambil 1 bahagian sahaja untuk sekali masak dan campurkan dengan 2 cawan air/cecair/santan/susu cair.

Mudahkan? Selepas ini, confirm menjadi kalau guna agar-agar tali. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Masih Terfikir Nak Masak Apa Raya Nanti? Ini 30 Himpunan Idea Untuk Anda, Confirm Tetamu Suka!

Sumber: Facebook Aina Nik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×