Dapur

Resepi Agar Agar Lumut Yang Tak Renyah Proses, Manisan Popular Orang Dulu-Dulu!

601
SHARES
resepi agar agar lumut

Hidangan agar agar lumut atau agar agar santan pandan merupakan manisan yang popular dari zaman dulu lagi. Membuat manisan ini juga tidak sukar dan renyah prosesnya. Jom lihat resepi agar agar lumut dari Puan Umi Norma yang mendapat 20 ribu perkongsian ini.

Baca juga: Resepi Biskut Sampan Asli Pakai Inti Original Iaitu Kelapa, Kuih ‘Lejen’ Orang Lama!

RESEPI AGAR AGAR LUMUT

resepi agar agar lumut

Gambar: Umi Norma

Agar-agar lumut khas untuk mak mertua. Mak mertua akak memang suka sangat agar-agar lumut. Loyang yang kecil itu khas untuknya. Akak sayang mertua macam mak sendiri, dia lah syurga suamiku.

Bahan-bahan:

  • Agar-agar tali 30 gram
  • Air 5 cawan
  • Daun pandan 4 helai dikisar (ambil airnya dalam 1 cawan)
  • Telur 2 biji
  • Santan kara 1 kotak kecil
  • Garam sikit
  • Gula 1 cawan (akak taknak manis sebab mak mertua tak suka manis)
  • Pewarna hijau (nak bagi warnanya cantik)

Baca juga: Resepi SUKUN Goreng Cicah Sambal Kicap Berapi, Sejuk Pun Masih Rangup!

Cara penyediaannya:

  1. Masak agar-agar sambil larut baru masukkan gula.
  2. Sementara itu, boleh pukul telur dengan santan.
  3. Bila agar-agar dah mendidih, masukkan air pandan dan pewarna hijau.
  4. Masukkan garam, tunggu sampai mendidih.
  5. Baru masukkan santan yang dipukul dengan telur tadi, kacau-kacau sampai mendidih.
  6. Padamkan api tuang dalam loyang hingga ia sejuk, loyang akak tak tahu berapa inci.
  7. Bila bahagian atas agar-agar agak beku, masukkan dalam peti sejuk di bahagian bawah. Biar agar-agar mengeras sepenuhnya.

Resipi ini cara akak ya, mungkin cara sahabat-sahabat semua lain. Selamat mencuba.

Baca juga: Durian Belanda Muda Gugur Jangan Buang, Boleh Buat Goreng Tepung, Menu ‘Rare’ Kampung!

Sumber: Umi Norma via Berkongsi Ilmu Kuih Muih dan Masakan – BIKMM

FT Image: Umi Norma

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×