Dapur

Ini Cara Buat Taufufah DIY, Sama Sedap Macam Orang Lama Buat & Resepinya Semudah ABC!

67
SHARES
cara buat taufufahh

Tau Fu Fah ialah sejenis pencuci mulut kaum Cina yang dibuat daripada tauhu yang sangat lembut. Selain itu, ia juga dikenali dengan nama Douhua. Bahan ramuannya yang senang untuk didapati membuatkan proses dan cara buat taufufah bertambah mudah.

Tambahan pula, manisan ini mempunyai rasa yang unik. Di mana, rasa tauhu yang tawar itu apabila disaluti dengan air gula melaka, kemanisannya terus sahaja dapat dirasai. Maka, tidak hairanlah pelbagai bangsa di Malaysia ini turut sama menggemarinya.

Baca juga: Isu Sambal Tumis Pakai Banyak Minyak Hangat Diperkatakan, Ahli Kimia Jelaskan Sebabnya!

CARA BUAT TAUFUFAH DIY

cara buat taufufah

Justeru itu, sekiranya anda merupakan peminat nombor 1 taufufah, apa kata anda cuba cara DIY membuatnya sendiri di rumah melalui resepi dari Puan Intan Mazura Masri ini. Selamat mencuba!

Nak buat sendiri senang sahaja rupanya.

BAHAN-BAHAN:

cara buat taufufah

  • 4 cawan air.
  • 6 gram agar-agar tali.
  • 2 kotak besar soya.
  • 1 keping gula melaka.
  • 2 sudu gula putih.
  • 1 helai daun pandan.
  • 1 hiris halia.

CARA MEMBUAT TAUFUFAH DIY

1. Didihkan 1 cawan air dan agar-agar tali.

cara buat taufufah

2. Bila dah larut, masukkan air soya kotak besar. Biarkan ia mendidih.

3. Tutup api kemudian tuang dalam bekas dan simpan dalam chiller selama 2 jam.

cara buat taufufah

4. Masak 3 cawan air bersama gula melaka, gula putih, daun pandan dan halia.

5. Selepas larut dan mendidih, tapis dulu.

6. Masa hidang nanti, kaup agar-agar guna senduk pastu tuang air gula melaka.

Dah siap! Sedap dinikmati di kala petang sewaktu ‘tea time’.

cara buat taufufah

Kredit resepi: Intan Mazura Masri

Sumber: Facebook Zulkifli Mat via Aneka Resepi Untuk Anda

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×