Dapur

Resepi Minyak Bawang Putih, Bukan Je Sedap Tapi Banyak Khasiat!

141
SHARES
minyak bawang putih

Terdapat pelbagai jenis minyak yang digunakan untuk menyesuaikan berbagai jenis hidangan. Antara yang banyak digunakan ialah minyak masak dan minyak zaitun. Namun, tidak pula minyak bawang putih yang jarang digunakan dan mungkin ada orang yang tidak tahu kewujudannya.

Kalau nak tahu, minyak bawang putih banyak membekalkan khasiat pada tubuh badan seperti mengaktifkan sistem pencernaan kerana mengandungi antioksidan yang tinggi. Jom ikuti resepi di bawah!

Baca juga: Tips Goreng Char Kuetiau Supaya Tak Lembik, Kembang Atau Hancur!

MINYAK BAWANG PUTIH, BUKAN JE SEDAP TAPI BANYAK KHASIAT!

minyak bawang putih

Jadi, tidak hairanlah mengapa kita lihat rakyat di negara China dan Korea suka jadikan bawang putih sebagai bahan penting dalam masakan mereka. Kalau tak tahu bagaimana nak buat minyak bawang putih, lihat resepi di bawah ini yang dikongsikan oleh Puan Zurina Zulkefli.

Minyak Bawang Putih

Salah satu stok yang perlu ada di dapur saya adalah minyak bawang putih. Banyak khasiat bawang putih jadinya saya siapkan untuk dimakan pada bila-bila masa.

Kebetulan anak pula tak berapa nak sihat dan diserang selsema, saya memang amalkan minyak bawang putih untuk diletakkan di dalam sup atau bubur.

Kos untuk siapkan minyak bawang putih ni pun sangat murah dan mudah disiapkan. Boleh disimpan selama tiga minggu pada suhu bilik. Resepi setiap gambar ya.

RESEPI MINYAK BAWANG PUTIH

1. Saya guna dua labu bawang putih.

2. Bersihkan dan potong dua supaya senang nak dikisar nanti.

3. Saya kisar guna blender tarik je yang saya beli di Mr. Diy. Mudah, cepat dan kisaran bawangnya jadi cantik sekata.

4. Sediakan juga rempah 4 sekawan.

5. Panaskan minyak masak di dalan kuali. Masukkan rempah 4 sekawan & masukkan sedikit hirisan halia.

6. Kemudian masukkan kisaran bawang putih tadi. Suhu api sederhaha besar. Sentiasa kacau agar bawang tidak cepat hangus.

7. Kacau sehingga bawang menjadi keperangan. Padamkan api dan masukkan secubit garam halus untuk sedikit rasa. Siap. Boleh disimpan di dalam bekas.

ENAK DICAMPURKAN DALAM PELBAGAI MASAKAN

Minyak Bawang Putih saya gunakan untuk dimakan bersama kuey tiow sup. Selain itu, minyak bawang putih untuk saya letakkan di atas masakan sayuran. Sesuai juga untuk diletakkan di atas sayur sawi sos tiram.

Ini bubur campuran minyak bawang putih dan sedikit lobak masin untuk sarapan saya sekeluarga.

Sumber: Zurina Zulkefli via Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×