Dapur

Tips Goreng Char Kuetiau Supaya Tak Lembik, Kembang Atau Hancur!

133
SHARES
char kuetiau

Char Kuetiau merupakan makanan yang sangat popular di Malaysia bahkan di negara jiran juga seperti Singapura. Mi kuetiau ini berbentuk lebar dan bewarna putih yang sering digoreng di atas api yang panas bersama pelbagai variasi bahan berdasarkan kepelbagaian resepi yang telah dicipta.

Namun, kadang-kala tekstur mee itu menjadi kembang atau lembik jika salah ketika menyediakannya. Jadi, apa kata baca tips di bawah yang dikongsikan oleh Puan Yurni Emilia untuk memasak kuetiau dengan cara yang betul.

Baca juga: Resepi Bebola Ikan Salut Tepung, Imbau Nostalgia 80an!

TIPS GORENG CHAR KUETIAU SUPAYA TAK LEMBIK, KEMBANG ATAU HANCUR!

char kuetiau

Dah beberapa kali nampak ahli group ini menghadapi krisis menggoreng kuetiau. Di sini saya kongsikan tips asas untuk selamatkan keadaan ya…

1. Kuetiau tidak mesra dengan air, jadi…

char kuetiau

  • Jangan basuh lama-lama. Bila basuh pastikan ianya ditos kering cepat-cepat.
  • Basuh pakai air paip je. Bukan dengan air panas.
  • Membasuh kuetiau adalah pilihan. Sesetengah orang buat, sesetengah orang tidak. Saya pilih basuh, untuk asingkan kuetiau satu satu. Tak suka yang melekat.

2. Bila menggoreng, kuetiau sangat mesra dengan minyak. Jadi, sila letak minyak lebih sikit.

3. Nak penang stail letaklah sedikit minyak bijan. Sikit saja sebab minyak bijan baunya kuat.

4. Kena lebihkan bahan perisa seperti sos tiram, kicap, cili boh atau tomato/chili sauce. Ingat, kuetiau tidak mesra dengan air.

5. Tambah air apabila hanya nak buat Char Kuetiau banjir.

6. Kalau nak tambah telur, pastikan telur tu goreng kering sikit sebelum digaulkan/kacau dengan kuetiau yang sedang digoreng tu.

Okay ini sajalah tips. Harapnya, dapat membantu mengurangkan insiden kuetiau goreng kembang.

P/s: Gambar dari internet. Minggu ini tak masak kuetiau lagi. Tapi kita kongsi tips dulu ya.

char kuetiau

Sumber: Facebook Yurni Emilia via Masak Apa Tak Jadi Hari Official

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×