Dapur

Resepi Mi Kuning Buatan Sendiri, Tanpa Guna Mesin. 4.2K Perkongsian!

3
SHARES

Buat penggemar mi kuning kalau anda kehabisan stok di rumah dan tak sabar nak menikmatinya, apa kata anda cuba buat sendiri di rumah. Uniknya untuk membuat mi kuning kali ini tidak perlu menggunakan mesin!

Hanya menggunakan jari-jemari anda sahaja. Jom cuba resepi mi kuning bersama resepi mi daging yang dikongsikan oleh Puan Siti Aisyah di bawah. Walahhh!

Baca juga: Papa Kongsi Resepi Nasi Hujan Panas, Panjang Gebu & Elok Kejadiannya!

RESEPI MI KUNING, DARI AIR TANGAN SENDIRI

Gambar: Hasil mi kuning buatan sendiri yang belum dicelur.

Siapa-siapa yang nak buat mi tapi tak ada mesin untuk buat mi tu jangan risau. Boleh buat sendiri.

Saya selalu buat cara manual macam ni walaupun ada je mesin mi dekat rumah. Saja suka buat macam ni.

RESEPI MI KUNING TANPA GUNA MESIN!

BAHAN-BAHAN MI KUNING:

  • Tepung gandum ½ kg.
  • Air (saya agak-agak je, tuang sikit-sikit).
  • Pewarna kuning/kunyit.
  • Telur 1 biji.
  • Garam sikit.

Campur semua bahan, uli tapi jangan lembik sangat. Cara-cara boleh tengok gambar dekat bawah.

CARA-CARA MEMBUAT MI KUNING TANPA MESIN:

1. Uli macam ini.

2.Canai senipis mungkin.

3. Tabur tepung nak elak doh melekat masa potong.

4. Lipat macam ini dan tabur tepung lagi.

5. Potong dua kemudian tindihkan macam ini.

6. Potong nipis-nipis.

7. Lepas potong terus leraikan macam ni takut melekat.

8. Jadi macam ni.

9. Mi kuning yang dicelur.

10. Pastikan tidak celur mi kuning sehingga lembik sangat ye.

MI KUNING BUATAN SENDIR DAH SIAP!

Lepas celur letakkan di dalam bekas. Gaul dengan minyak sikit. Kalau tak letak minyak nanti takut melekat. Ok, dah siap! Bolehlah buat apa-apa menu yang kita nak.

RESEPI MI DAGING!

Haaa siap dah menu tengah hari ini iaitu mi daging. Mak saya buat kuah dan saya buat mi. Alhamdulillah, sedap!

BAHAN-BAHAN KUAH:

  • Daging
  • *Bawang merah
  • *Bawang putih
  • *Halia
  • *Cili kering
  • *Udang kering
  • Jintan manis
  • Jintan putih
  • Ketumbar
  • Keledek
  • Garam
  • Gula
  • Aji

BAHAN-BAHAN LAIN:

  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Bawang goreng
  • Cili merah
  • Tauhu goreng
  • Telur rebus
  • Taugeh

CARA-CARA BUAT AIR REBUSAN DAGING & KELEDEK:

1.DAGING

Rebus. Bila daging dah masak, sejukkan daging, hiris daging nipis-nipis. Air rebusan daging simpan untuk masak kuah nanti.

2. KELEDEK

Rebus sampai empuk. Sejukkan dan lenyek atau kisar.

CARA-CARA BUAT KUAH:

1. Kisar bahan bertanda *

2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah dikisar.

3. Masukkan jintan manis, jintan putih dan ketumbar yang dah disangai dan dikisar halus. Tumis semua sampai pecah minyak.

4. Masukkan daging. Kacau-kacau. Biarkan sekejap.

5. Masukkan air rebusan daging dan keledek yang dah dikisar.

6. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan sampai mendidih. Dah masak, dah cukup rasa, bolehlah tutup api.

Ok, siap dah kuah!

Selamat menjamu selera dari hasil air tangan mi anda bersama menu yang disukai!

Sumber: Facebook Nama Saya Siti Aisyah via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×