Dapur

Papa Kongsi Resepi Nasi Hujan Panas, Panjang Gebu & Elok Kejadiannya!

71
SHARES

Dengar saja nama menu yang unik ini iaitu nasi hujan panas, tak lain dan tak bukan, merupakan salah satu makanan yang digemari rakyat Malaysia. Memang sesuai namanya dengan cuaca di negara ini yang kadang panas dan kadang hujan.

Kebiasaannya, ia disediakan di majlis-majlis keramaian dan nasi hujan panas ini dipadankan dengan beberapa jenis lauk sebagai pelengkap hidangan. Antaranya ialah ayam masak merah, acar jelatah, papadom dan lain-lain lagi. Jom cuba buat resepi ini di rumah!

Baca juga: Resepi Sup ‘Minestrone Itali’, Sedap Dihirup Di Waktu Hujan & Ketika Demam!

RESEPI NASI HUJAN PANAS STAIL PAPA YANG PANJANG & GEBU…

Syukur Alhamdulillah. Busy siapkan order dari customer. Lewat sikit Papa up menu hari ni.

RESEPI NASI HUJAN PANAS STYLE PAPA!

BAHAN-BAHAN:

  • Beras Basmati Jasmine Pusa Cream 5kg – Basuh dan rendam beras 20 minit dan toskan.
  • Bawang besar 4 biji.
  • Bawang putih selabu.
  • Halia 4 inci.
  • 4 sekawan.
  • Air 5 liter.
  • Susu cair 1 tin.
  • Pewarna kuning telur, hijau apple dan merah. Setiap pewarna dicampurkan dengan sedikit susu cair.
  • Garam, aji dan gula secukup rasa.
  • Majerin @ Minyak sapi dan minyak masak untuk menumis.

CARA-CARA MEMBUAT NASI HUJAN PANAS:

1. Panaskan kuali dan masukkan majerin @ minyak sapi yang dicampur dengan minyak masak anggaran dalam 1/2 kg (lebih sikit pun tak apa).

2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan 4 sekawan.

3. Bila bawang dah layu dan naik wangi tutup api tuang dalam rice cooker gas atau letrik.

4. Masukkan daun pandan, masukkan air 5 liter.

5. Masukkan garam, aji dan gula secukup rasa. Masak hingga air didih.

6. Masukkan susu cair 1 tin.

Antara lauk yang digandingkan bersama nasi hujan panas.

7. Masukkan beras yang telah ditos.

8. Kacau sentiasa hingga air hampir-hampir kering, baru tutup dengan tudung periuk.

9. Tunggu nasi kering (masak).

10. Buka tudung periuk dan buatkan tiga lubang di tengah-tengah nasi tadi dan tuang pewarna.

11. Tudung semula periuk biarkan dalam 10 minit, baru buka dan gaul untuk campurkan warna tersebut.

Siapp! Selamat mencuba.

#ChefPapa

Sumber: Facebook Nazri Mat Zain via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×