Dapur

Resepi Kuetiau Goreng Basah Viral, Bahan Pun Ringkas & Rasa Macam Di Warung!

47
SHARES

Kuetiau goreng merupakan hidangan yang amat mudah untuk dibuat. Tetapi, jika anda salah langkah boleh menyebabkan mi kuetiau hancur dan menjadi lembik. Dah lembik-lembik nak makan pun tak berapa nak nikmat. Betul tak?

Justeru itu, mari ikuti resepi kuetiau goreng basah yang dikongsikan oleh Fatyn Zamry yang amat ringkas dan sedap. Semestinya akan menjadi! Apa yang ada di dapur tu bolehlah anda cuba buat tak perlu bahan yang rumit. Nak ajak jiran ‘ngeteh’ pada waktu petang pun pantas je terhidang.

Baca juga: Resepi 34 Jenis Masak Lemak Cili Api, Macam-Macam Ada!

RESEPI KUETIAU GORENG BASAH VIRAL, BAHAN PUN RINGKAS & RASA MACAM DI WARUNG!

Haa tengah fikir nak masak apa malam ni or weekend ni? Nak yang senang-senang je?? Jom tengok resepi bawah ni, mudah & bahan ekonomi.

RESEPI KUETIAU GORENG BASAH, RINGKAS & SEDAP, CONFIRM JADIII!

BAHAN-BAHAN;

Kuetiau sebungkus.

Bawang besar 1 labu ditumbuk.

Bawang putih 3 ulas ditumbuk.

Cili kisar/cili boh (4 sudu makan).

Fishball & fishcake.

Udang/ayam (optional).

Telur 3 biji.

Sos tiram (optional) kalau tiada takpe.

Sos cili, sos tomato, kicap mudim + habhal.

Garam, gula, serbuk hilal.

Taugeh & kucai

CARA-CARA PENYEDIAAN:

1. Tumis bebawang sampai naik bau wangi. Dah tukar warna kekuningan masukkan fishball & fishcake yang dipotong nipis. Fishball tu belah 2 ja.

2.  Goreng seketika sampai bau wangi, masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.

3. Dah masak cili (pecah minyak), time ni api sederhana, masuk udang or ayam (kakak tak letak sebab takda), air 2 cawan, kicap 5 sudu makan, sos cili, sos tomato, sos tiram jika ada.

Time ni kakak tak guna sos tiram pun. Kacau sebati, agak menggelegak, masukkan serbuk hilal, gula (kakak guna brown sugar) dan garam.

AWAS ya kalau you ollss masukkan sos tiram, garam jangan letak lagi. Rasa dulu nanti kalau kurang masin baru add on sebabnya kicap and sos tiram tu pun dah masin.

4. Kuah dah mendidih, masukkan pecahkan 3 biji telur, biar seketika. Slowkan api. Jangan kacau. Biar telur kuning tu masak.

Dah agak masak telur masukkan kuetiau yang telah dibasuh. Kacau mesra sikit-sikit je jangan beria kacau macam kacau dodol nanti hancur koey teow tu.

5. Dah mesra elok, tambah air sikit kalau nak tekstur basah-basah baru sedapp kannn. Then add on lagi kicap sikit lagi untuk kasi warna dia mantul pastu masukkan lah kucai & taugeh.

6. Api maintain slow, gaul mesra, then siapp!

Selamat Mencuba

Sumber: Facebook Fatyn Zamry vi Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×