Dapur

Resepi Bihun Kungfu ‘Power’ Macam Makan Di Kedai, Boleh Tambah Berpinggan-Pinggan!

44
SHARES

Setiap kali berkunjung ke restoran Thai atau restoran makanan Cina, antara menu yang menjadi pilihan adalah bihun kungfu atau koey teow kungfu. Menu ini boleh dikatakan sangat menarik kerana bihun atau koey teow akan digoreng bersama telur dahulu sebelum dituangkan kuah.

Tapi, bila sekarang nak makan luar pun susah apa kata kita buat sahaja menu ini di rumah. Rupa-rupanya tidaklah susah dan yang paling penting adalah lebih memuaskan bila makan!

RESEPI BIHUN KUNGFU PASTI SEDAP!

Bahan-bahan

1/2 bungkus bihun digoreng dalam minyak panas. (tengok video)

2-3 ulas bawang putih cincang

Isi ayam

Fishcake

Udang (saya tak letak)

Kailan

Carrot

Bunga kobis

1 kiub ayam

Serbuk lada sulah

1 sdb tepung jagung + air

1 telur dipukul

Cara-cara

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih.

2. Masukkan isi ayam, udang kacau hingga separuh masak.

3. Masukkan air, kiub ayam, garam dan lada sulah.

5. Masukkan carrot dan bunga kobis biar hingga lembut.

6. Masuk sawi dan fishcake, tepung jagung biar kuah likat sikit.

7. Tuang telur, kacau perlahan.

8. Letak mihun dlm pinggan dan tuang kuah atas bihun. Siap!

Makan panas-panas ada pulak cili jeruk!

Sumber: Rosmaliza Omar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×