Di Malaysia, negeri beradat iaitu Negeri Sembilan memang terkenal dengan hidangan masak lemak cili api yang memang berapi. Buat peminat masakan pedas, sudah semestinya hidangan ini menepati cita rasa anda untuk dicuba.
Pelbagai jenis bahan basah yang digunakan di dalam hidangan ini. Sama ada jenis ikan atau daging, sayur dan buah turut dimasukkan di dalam kuah lemak cili api. Mari ikuti tips seperti di bawah dengan 4.6K perkongsian.
Baca juga: Rupanya Ada Cara Lebih Berkesan Nyahbeku Bahan Basah, Sepantas Kilat Dah Cair!
RESEPI 34 JENIS MASAK LEMAK CILI API, MACAM-MACAM ADA!
Nah belanja lagi hasil masakkan original N9. Setiap negeri terkenal dengan masakkan tersendiri. N9 terkenal dengan masak lemak cili api, ayah & arwah mak pulak dua-dua berasal N9 haha.
RESEPI MASAK LEMAK CILI API
BAHAN-BAHANNYA:
1. Kelapa parut.
(Perah ambil pati santan sahaja, kalau boleh time perah tu letak air lebih tak perlu ramas berkali-kali cukup sekali buat je. Biasa masak untuk seekor ayam, 1kg daging, sekor ikan bersaiz besar…saya guna 2 biji kelapa bergantung pada saiz kelapa yang ni korang kena adjust sendri).
2. Cili api, kunyit hidup & serai (tumbuk lumat + titik serai).
3. Asam keping.
CARA PENYEDIAANNYA:
1. Bahan-bahan campur tu terpulang korang nak letak apa kalau nak letak petai, kikis dulu kulitnya rebus seketika).
2. Sediakan kuali masukkan santan, cili yang ditumbuk. Guna api sederhana sentiasa kacau jangan bagi santan pecah minyak.
3. Agak-agak kuah dah pekat masukkan ikan & bahan-bahan campuran korang. Nanti adjustlah api tu besarkan sikit.
4. Kacau-kacau masukkan asam keping. Kalau masak dah letak asam-asam (belimbing buluh/tempoyak) tak perlu asam keping lagi, nak bubuh pun tak ada masalah.
5. Masak lemak cili api paling senang dah letak semua tu tengok permukaan dah licin elok makna masakkan korang dah masak.
TIPS MASAK LEMAK CILI API DENGAN BAHAN BASAH YANG BERBEZA

Gambar hiasan: CeriaSihat
1. TELUR
Kalau masak telur step masak kuah dia sama juga. Beza dia korang letak serai je, kuah dah masak baru korang pecahkan telur. Kalau boleh telur tu tak payah terbalikkan, korang just kacau-kacau je kuah tu dekat permukaan telur.
2. AYAM & DAGING
Masak ayam & daging. Cili, kunyit & serai yang dtiumbuk masukkan dalam ayam/daging. Letak sedikit air, rebus dulu (N9 kata kecutkan). Step seterusnya sama. Masukkan santan, asam keping kacau-kacau sampai masak.
34 IDEA CAMPURAN BOLEH DIGUNAKAN DALAM KUAH LEMAK CILI API
1. IKAN JENAHAK + REBUNG + JERUNG TELUNJUK

Ikan jenahak + rebung + terung telunjuk.
2. AYAM + KACANG BOTOL
3. AYAM + KENTANG
4. BAUNG + BACANG + KUNDANG MUDA
5. BAUNG SUNGAI + BELIMBING
6. CENDAWAN TIRAM + UDANG
7. CENDAWAN TIRAM
8. DAGING + UBI KENTANG
9. IKAN KEMBONG + BACANG
10. JANTUNG PISANG + PISANG MUDA
11. KAMBING SALAI + PUCUK UBI
12. KELADI + TEMPOYAK
13. KETAM + DAUN KUNYIT
14. KETAM
15. LAMPAN + BELIMBING BULUH
16. PERUT + REBUNG
17. PISANG MUDA + IKAN BILIS + TEMPOYAK
18. PUCUK UBI + JANTUNG PISANG
19. SARDIN MASAK LEMAK CILI API + KENTANG
20. TELUR AYAM + BELIMBING
21. TELUR AYAM + PUCUK UBI + TERUNG TELUNJUK
22. TELUR ITIK + BELIMBING + KACANG
23. TELUR ITIK + KUNDANG MUDA
24. TELUR ITIK + KUNDANG MUDA + PERIA
25. TENGGIRI + DAUN ASAM GELUGOR + BELIMBING
26. TENGGIRI + KAMBAS
27. TENGGIRI + PEGAGA + KUNDANG MUDA
28. TENGGIRI + PEGAGA
29. TENGGIRI + REBUNG
30. TENGGIRI + TOMATO + TERUNG TELUNJUK
31. TENGGIRI MASAK LEMAK CILI API + PETAI KIKIS + KACANG
32. UDANG + DAUN KUNYIT
33. UDANG + KACANG
34. UDANG GALAH + REBUNG
Kadang ada yang buat tak jadi tu sabarlah ye usaha lagi. Air tangan kita tak sama. Semoga ilmu ini bermanfaat untuk korg. Salam Aidilfitri buat semua.
Sumber: Facebook SuiSan Aliezsha via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)