Dapur

Resepi Mee Goreng Basah Bungkus Surat Khabar Macam Nenek Buat, Gamit Nostalgia!

17.8K
SHARES
mee goreng

Mee goreng berbungkus surat khabar merupakan trend popular sewaktu era 90-an dan sebelumnya. Kini, stail ini masih lagi dibuat tetapi sudah jarang dijumpai dan memang susah nak rasa kesedapan me goreng yang sebegini.

Justeru itu pada kali ini, penulis ingin membawa anda menggamit nostalgia lama mengenai resipi me goreng basah berbalutkan surat khabar yang dikongsikan oleh saudara Emee Sham. Ia kaya dengan pelbagai jenis perencah mee yang boleh membuka selera anda sambil mengenang kenangan lalu.

Baca juga: Ini 3 Jenis Pilihan Terbaik Garam Boleh Guna, Elak Garam Putih ‘Table Salt’

MEE GORENG BASAH TAK LOKEK PERENCAH

mee goreng

Gambar: Emee Sham

Ini abang bukan beli, abang masak mee goreng nostalgia. Payah nak dapat rupa mee goreng macam ini sekarang.

Rencah dia kita letak sawi, tauge, isi ayam, taqua, telur. Kita bungkus siap dengan kertas baru datang ‘kick’ dia. Kita letak juga cabai jeruk (cili jeruk) dengan perahan limau nipis masa kita makan.

Memang surrr baq hang, pebret mak andeh kita ini. Jemput makan geng, tak hensem tak apa janji dapur berasap.

Baca juga: Resipi Bihun Goreng Kampung, Lembut & Sedap Sama Macam Air Tangan Nenek!

Resipi Mee Goreng Basah

  • Sepeket mee kuning (lalukan dengan air paip)
  • Isi ayam
  • Air rebusan ayam
  • Telur
  • Sawi
  • Tauge
  • Bawang putih
  • Bawang merah (tumbuk halus).
  • Cili kisar
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Tauhu goreng yang dihiris
  • Kicap lemak manis

Cara memasak:

mee goreng

Gambar: Emee Sham

  1. Panaskan sedikit minyak. Gorengkan 2 biji telur, hancurkan kasar dan ketepikan.
  2. Tambah sedikit minyak pada kuali dan tumiskan bawang. Biar agak garing.
  3. Kemudian masukkan cili kisar dan kacau rata. Tumis sampai cili masak.
  4. Dah okay masukan isi ayam dan kacau rata. Biar seketika dan masukkan sos tiram, sos cili dikacau rata.
  5. Terus masukkan air rebusan ayam biar mereneh seketika. Kepekatan kuah ikut sukatan memasing.
  6. Letakkan kicap lemak manis dan sedikit sahaja kicap masin. Biar mendidih dan masukkan tauhu dan telur.
  7. Akhir sekali, masukkan mee dan kacau rata. Bubuh sawi dan tauge kacau rata. Kalau warna kurang, curahkan kicap lemak manis lagi. Kacau rata dan tutup api.

Baca juga: Petua Cempedak Goreng Cara Orang Kampung, Garing Tak Minyak & Laku Keras!

Sumber: Facebook Emee Sham via Masak Apa Hari Ni…(MAHN)

FT Image: Emee Sham

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×