Bukan senang nak buat mee goreng basah kekal kelembapan kuahnya dari diserap mi sehingga menjadi kembang dan kering. Kalau nak hidangan mee basah anda tak kena serap, ikuti resipi dari Puan Riana Samad di bawah.
Semoga berjaya!
Baca juga: Cara Simpan Daun Pandan Hijau Segar Berbulan, Peniaga Nasi Lemak Kena Cuba!
MEE GORENG BASAH
Tetiba mengidam mee basah, yang betul-betul basah bukan basah 5 minit lepas itu kering garing. Mee basah ini bila dah sejuk pun masih mantain lagi likat dan basah. Resipi ini belajar dari jiran.
Dulu asyik tak jadi. Basah kejap je, lepas sejam macam kena serap. Last dari mee basah terus jadi mee goreng kembang tak ada kuah haha.
Alhamdulillah sekarang terer. Kalau masak malam pun, bangun pagi esok pun masih lagi likat dan berkuah mee dia. Resipi ada dekat bawah kalau nak cuba ya. Selamat menjamu mata!
Baca juga: Resepi Agar Agar Lumut Yang Tak Renyah Proses, Manisan Popular Orang Dulu-Dulu!
Bahan-bahan:
- 1 bungkus mee kuning (rendam dan tos)
- 3 biji bawang putih & 4 biji bawang merah (kisar)
- 1/2 sudu cili giling
- Secubit asam jawa
- Sotong, bebola ikan, daging (hiris)
- 1 biji bawang (hiris)
- 1 biji tomato (potong 4)
- 5 sudu Sos cili,
- 5 sudu sos tomato,
- 5 sudu sos tiram
- Kicap manis
- Sayur
Cara-cara:
- Tumis bawang kisar sehingga kekuningan. Kemudian, masukkan cili giling & asam jawa. Tumis lagi sampai dah tak mentah & naik bau wangi.
- Masukkan semua sos, tumis lagi sampai pecah minyak. Seterusnya, masukkan sesuku cawan air baru masukkan udang daging dan bebola. Ingat sesuku cawan saja ya, lepas itu tumis lagi sampai masak.
- Masukkan pula buah tomato, sayur bawang besar dan cili.
- Air jangan banyak sebab nanti mee jadi kembang & kuah dia akan kering. Kalau air cuma sesuku cawan, mana nak jadi basah & berkuah mee tu? (Ok ni tipsnya ya. Sos tomato cili tiram itu yang kena banyak. Jangan kedekut sos, jadi yang memekatkan mee tu adalah sos bukan air ya).
- Masukkan mee dan kacau rata. Sambil itu boleh masukkan kicap & serbuk perasa.
- Dekat nak masak tu boleh campak taugeh segenggam kalau ada. Dah sebati semua tu boleh la padam api ya.
- Lepas itu, boleh tambah hirisan daun sup dan bawang goreng. Limau nipis jangan lupa perah ya. Nak lagi sedap boleh potong timun batang. Kalau ada lada jeruk lagi terangkat sedapnya.
Baca juga: Resepi Biskut Sampan Asli Pakai Inti Original Iaitu Kelapa, Kuih ‘Lejen’ Orang Lama!
Garam & gula kalau nak letak kena rasa dulu betul-betul. Saya tak letak dah, sebab mee itu sendiri dah masin. Pulaknya kicap, sos cili tomato dan tiram tadi dah cukup untuk memasin & maniskan mee. Lagi kalau korang guna cili boh kilang, memang dah sedia masin.
Selamat mencuba guys! Kalau nak resipi banyak-banyak yang lain boleh lah godek-godek dan follow & set see first FB saya ya, atau boleh cari dengan hastag #kualiKakdell.
Baca juga: Resepi SUKUN Goreng Cicah Sambal Kicap Berapi, Sejuk Pun Masih Rangup!
Sumber: Riana Samad via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
FT Image: Riana Samad