Dapur

Ini Cara Potongan Bawang Merah & Putih Ikut Jenis Masakan, Baru ‘Rasa’ Berbeza!

103
SHARES

Mungkin ada yang belum tahu, sebenarnya terdapat pelbagai jenis potongan bawang merah dan bawang putih yang dihiris berpandukan jenis hidangan.

Melalui perkongsian yang dibuat oleh saudara Mohammad Faeez Harith, setiap potongan itu mempunyai nama yang berbeza, selainkegunaan dan masa yang tertentu. Hal ini kerana, sesetengah potongan tidak sesuai untuk sesetengah resepi. Jom belajar cara potongan di bawah.

Baca juga: Resepi Telur Goreng Kelapa Parut, Sedap Berlemak Manis Lain Dari Lain!

RASA MASAKAN JADI LAIN, IKUT KESESUAIAN HIDANGAN!

A. BAWANG MERAH

Malam tadi aku terbaca ada yang tanya biasa masak potong bawang macam mana? Sebenarnya cara potong masing-masing ada nama, kegunaan dan masanya tertentu untuk guna. Sesetengah potongan tak sesuai untuk sesetengah resepi.

JENIS-JENIS POTONGAN BAWANG:

1. POTONG

Potong maksudnya bawang akan dipotong secara melintang. Bermula dari potong akan menghasilkan potongan gegelung dan mayang.

2. GEGELUNG

Mula dari potong dan diulang-ulang mengikut ketebalan yang dikehendaki. Potongan begini biasa untuk masak kicap, masak merah.

3. MAYANG

Hirisan halus tetapi melintang, kebiasaannya untuk membuat bawang goreng atau ditumis.

4. BELAH

Potongan secara menegak untuk menghasilkan potongan yang lainnya.

5. BAJI

Juga disebut ‘wedges’ dalam B. Inggeris. Biasanya potongan ini diguna untuk hiasan seperti dalam sup atau kari dsb. Juga untuk kebab.

6. HIRIS

Potongan nipis, halus secara menegak yang berulang-ulang untuk ditumis atau dibuat ulam / rencah sambal/ budu/ cencaluk dsb.

7. DADU

Biasanya untuk buat cekodok/jemput-jemput bilis atau bawang.

8. DADU KECIL / CINCANG KASAR

Untuk tumisan nasi goreng, mi goreng dsb.

9. CINCANG

Untuk perapan, tumisan dsb.

PENTING KE BERBEZA POTONGAN INI SEMUA?

Penting ke potongan ni semua?

Sesetengah resepi penting sebab lain cara potong boleh mempengaruhi rasa masakan dan tempoh memasak. Jadi kena teliti resepinya sebelum mula memotong.

Selamat memasak!

BONUS:

Kalau kisar bawang, seboleh-bolehnya jangan tambah air kalau nak simpan bawang tu atau masak resepi yang tak terlalu berkuah. Letak minyak masak je sikit.

Nanti tumis pun tak perlu pakai minyak banyak dah. Bawang pun boleh simpan lama dalam sebulan dua.

B. BAWANG PUTIH

Bawang Putih Macam Mana?

Ha alang-alang aku dekat dapur lepas tunjuk bawang tadi, ada yang tanya bawang putih ada beza juga ke cara potong?

Ada tapi tak ketara sangat pun dan kebanyakan masa tak payah susah hati sangat. Cuma kena ingat bawang putih lagi cepat hangit, kena jaga-jaga.

JOM KENAL DULU BAWANG PUTIH!

Pertama kena kenal dulu banyak mana bawang putih nak diguna.

Imej bernombor 1, dipanggil satu labu/selabu. Dalam satu labu ada 1-15 ulas bawang putih, tengok keadaan. Dalam B. Inggeris kita panggil ni ‘bulb’.

Imej bernombor 2 adalah ulas. Bahagian dari selabu. Dalam B.I kita sebut ‘cloves’.

JENIS-JENIS POTONGAN BAWANG PUTIH:

3. KETUK

Yang ini paling senang hampir semua masakan boleh guna gaya ni.

4. MAYANG

Potongan melintang.Biasa untuk buat bawang putih goreng untuk hiasan atau masakan tumis.

5. HIRIS

Lebih kurang je dengan mayang, cuma dia menegak.

6. RACIK KASAR/MANCIS

Ini biasa untuk buat sos, masak stim/kukus, goreng, dll.

7. RACIK HALUS

Pun tak jauh beza dengan racik kasar. Tak banyak resepi pun guna potongan ni.

8. DADU

Untuk sos, tumis, nasi goreng dll.

9. CINCANG

Untuk sos, tumis dll.

BAWANG PUTIH KENA JAGA API, JANGAN SAMPAI HANGIT!

Macam aku sebut kat atas, bawang putih cepat hangit jadi kena jaga api masa menumis. Satu lagi, bawang putih lepas dipotong baru baunya lagi naik bila masak, jadi potong awal sebelum masuk kuali/periuk.

Selamat memasak! 

Sumber: Twitter Mohammad Faeez Harith

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×