Dapur

Resepi Telur Goreng Kelapa Parut, Sedap Berlemak Manis Lain Dari Lain!

10
SHARES

Anda pernah dengar tak atau menikmati hidangan bernama telur goreng kelapa parut? Hidangan ini adalah pertama kali buat penulis, namun konsepnya lebih kurang sama dengan hidangan lempeng kelapa yang biasa penulis makan.

Tidak mustahil sekiranya anda pun tidak pernah tahu kerana tidak terkira banyaknya makanan yang wujud di dunia ini. Justeru itu, jika anda ingin mencubanya apa kata ikut resepi mudah di bawah yang dikongsikan oleh Puan Wan Shaz Hanis berdasarkan resepi emak mertuanya.

Baca juga: Resepi Mudah Pandan Cheesecake Tanpa Kukus & Bakar, Tak Reti Buat Kek Pun Boleh Buat!

RASA BERLEMAK MANIS MEMIKAT SELERA PENGGEMARNYA

Balik rumah emak mertua, pertama kali makan telur goreng kelapa parut. Lepas itu ada bawang merah, ada bawang putih, ikan bilis.

Pelik sangat sebab memang tak pernah makan kelapa dicampur telur.

Selalu yang saya makan lepat pisang campur kelapa parut, lempeng kelapa. Tapi kali ni menu mak mertua.

RESEPI TELUR GORENG KELAPA PARUT!

BAHAN-BAHAN:

  • Bawang merah.
  • Bawang putih.
  • Ikan bilis.
  • Lada (kalau nak pedas).

*tumbuk bahan-bahan di atas tapi jangan terlalu lumat atau hancur.

  • Telur
  • Kelapa parut muda.
  • Garam & ajinomoto
  • Serbuk kunyit

CARA-CARANYA:

1. Ditumbuk kesemuanya jangan terlalu lumat atau hancur sebabnya nak bagi rasa rasa bawang, ikan, bilis dan lada.

2. Apabila kesemuanya sudah ditumbuk, pecahkan telur dan godak-godak telur.

3. Masukkan kesemua yang telah ditumbuk dan masukkan garam, ajinomoto dan kunyit sikit.

4. Selepas itu gaul kesemuanya termasuk kelapa parut muda sehingga rata.

5. Panaskan minyak masukkan ke kuali, masak dengan api yang sangat perlahan.

Masak sehingga rata sehingga keluar bau kelapa. Sangat-sangat SEDAPPP!

TERIMA KASIH EMAK MERTUA

Sumber: Facebook Wan Shaz Hanis via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×