Memang dah lama teringin nak makan pandan cheesecake, tapi niat nak buat tak reti pula, nak beli pula kadang tu harga tak kena dengan rasa. Buat rugi je!
Oleh disebabkan itu, penulis bawakan resepi pandan cheesecake yang mudah buat anda yang tiada kemahiran lagi nak membuatnya seperti dikongsikan oleh Puan Syafawatie Yatiey di bawah. Tak perlu susah bakar dan kukus, anda kena ikut ‘trick’ ini.
Baca juga: Cara Nak Keringkan Daun-Daun Masakan Supaya Mudah Bawa Ke Luar Negara, Baru ‘Lepas’ Kastam!
TAK RETI BUAT KEK PUN BOLEH BUAT PANDAN CHEESECAKE INI!
Pandan cheesecake. Tak perlu bakar tak perlu kukus, yang tak reti buat kek pun boleh buat. Saya share resepi di setiap gambarnya. Selamat mencuba.
RESEPI PANDAN CHEESECAKE TANPA KUKUS & BAKAR!
BAHAN-BAHAN:
- Kek span perisa pandan (beli di lotus haha).
- Susu pekat.
- Whipping cream.
- Cream cheese.
- Susu segar full cream (dalam gambar low fat sebab susu ni dah ready dekat rumah so guna jelah).
- Cheese cheddar.
CARA-CARANYA:
LANGKAH 1:
Masukkan 250g cream cheese.
Masukkan 3-4 sudu besar susu pekat (tahap kemanisan ikut selera masing-masing).
Mix sebati.
LANGKAH 2:
Dah sebati masukkan whipping cream. Saya guna 3/4 kotak, maknanya tak habis 1 kotak tu pun saya guna. Ada lagi dalam suku lagi bakinya.
Mix sekejap bagi sebati.
LANGKAH 3:
Masukkan susu segar tadi. Part ini ikut selera koranglah ya nak cair setakat mana. Takda sukatan untuk susu segar ni. main tuang je hihi.
Mix sebati.
Sampai jadi kepekatan macam ni. Saya suka cheese tak pekat sangat tak cair sangat. Bergantung pada korang lah ya.
LANGKAH 4:
Tuang cheese tadi atas kek macam ni. Hentak-hentak sikit bagi cheese turun bawah.
LANGKAH 5:
Last sekali parutkan cheddar cheese sebanyak mana korang nak. Nak buat kek birthday pun boleh ni tau.
Dah siap sejukkan dalam peti ais 2-3 jam. Lepas tu boleh la makan.
NIKMATNYA DAPAT MAKAN SEJUK-SEJUK!
Sumber: Facebook Syafawatie Yatiey via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)