Dapur

Cara Simpan Daun Pandan Hijau Segar Berbulan, Peniaga Nasi Lemak Kena Cuba!

23
SHARES
cara simpan daun pandan

Sebenarnya, ada banyak kaedah menyimpan daun pandan untuk bertahan lama. Namun, cara simpan daun pandan pada kali ini agak berbeza sedikit, di mana hijau daunnya masih utuh biarpun disimpan berbulan.

Jadi, cara ini amatlah meringankan kos bahan para peniaga terutamanya yang menjual nasi lemak. Jom lihat cara yang dikongsikan oleh Puan DLa AMaya.

Baca juga: Resepi Agar Agar Lumut Yang Tak Renyah Proses, Manisan Popular Orang Dulu-Dulu!

CARA SIMPAN DAUN PANDAN KEKAL SEGAR

cara simpan daun pandan

Gambar: DLa AMaya

Bagus cara ini. Masih segar sihat daun elok saja berbulan pun boleh tahan. Nak masak ambil saja banyak mana dah siap potong. Sangat mudah.

Cara penyimpanan daun pandan dengan tahan lebih lama dan segar 

  1. Bersihkan daun pandan.
  2. Potong pendek-pendek.
  3. Masukkan dalam plastik kedap/tupperware.
  4. Simpan dalam peti sejuk bahagian beku (bahagian freezer).

Baca juga: Resepi Biskut Sampan Asli Pakai Inti Original Iaitu Kelapa, Kuih ‘Lejen’ Orang Lama!

Daripada keringkan beli banyak-banyak, baik simpan beku nak masak nasi ke kuih ke hilangkan bau peti ais buat bunga rampai ke wangi rumah, ambil saja bau pun kuat lagi. Daun pun masih hijau walaupun sudah berbulan.

Best kan! Dah tak perlu buang lagi daun pandan kering.

Nota:

Serai pun boleh buat macam ini potong siap-siap atau sebatang-sebatang. Daun-daun lain pun boleh tetap segar cuma daun berubah warna.

Selamat mencuba.

Baca juga: Resepi SUKUN Goreng Cicah Sambal Kicap Berapi, Sejuk Pun Masih Rangup!

Sumber: DLa AMaya via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

FT Image: DLa AMaya / wikipedia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×