Dapur

Ini RAHSIA Peniaga Masak Nasi Lemak Dengan Cepat Di Waktu Pagi, Baru Tak Kalut!

47
SHARES
cara masak nasi lemak

Nasi lemak adalah sajian popular Malaysia yang agak memakan masa di dalam proses penyediaannya. Mungkin disebabkan itu, terdapat sebilangan orang memilih untuk membeli dan bersarapan di luar sahaja. Kalau nak tahu, terdapat cara masak nasi lemak dengan cepat yang sering digunakan oleh peniaga setiap pagi sebelum keluar pergi menjual.

Perkongsian rahsia dan tips ini telah dikongsikan oleh Darma Sukma Sukma, di mana ilmu ini diperolehi dari rakannya yang juga seorang peniaga nasi lemak. Mari ikuti tips di bawah!

Baca juga: Resepi Tradisional Kuih LOPES Balutan Daun Pisang & Video Potong Guna Benang Je!

CARA MASAK NASI LEMAK DENGAN CEPAT

cara masak nasi lemak

Gambar: freepik

Hari ini, saya nak kongsikan macam mana cara untuk memudahkan dan mempercepatkan lagi kerja kita waktu bangun awal pagi untuk masak nasi lemak.

Cara ini sebenarnya diajar oleh seorang kawan (dia pun berniaga nasi lemak). Apa yang saya buat ini memang dah lama saya amalkan dan ianya memang ‘meringkaskan’ lagi urusan saya. Mencuci beras dalam kuantiti yang banyak akan ‘mencuri’ waktu saya di awal pagi. Saya perlu siapkan semua kerja sebelum 5 pagi, dan saya bangun jam 2 pagi.

Sekitar pukul 8 malam, saya dah cuci bersih beras sampai airnya jadi jernih. Kemudian, saya biarkan beras terendam selama 1-2 jam. Masa ini saya buat lah apa-apa kerja lain.. Kadang-kadang terlajak hingga 3 jam (tak apa tak jadi masalah langsung). Nak rendam setakat 1 jam pun boleh.

Baca juga: Resepi KUIH BAKAR Pandan Comel Guna Acuan Muffin Je, Mudah Bawa Bekal Kecil Ke ‘Office’!

Sebelum tidur, saya toskan beras dan simpan dalam peti ais (seperti dalam gambar).

cara masak nasi lemak

Gambar: Darma Sukma Sukma

Esok saya cuma tinggal keluarkan beras dan curahkan air campur santan. Lepas itu, saya dengan santan selama setengah jam. Sementara menunggu beras direndam, saya sempat goreng mi kuning dan bihun. Siap menggoreng, baru saya on dapur nasi.

Mula-mula buat memang ada masalah, lama-lama saya dah mula faham bagaimana rentaknya. Terus terang cakap, saya suka sangat-sangat dengan hasil nasi yang direndam awal-awal berasnya dengan santan. Memang sedap!

Kalau untuk makan sendiri, terus je rendam beras dengan santan, biarkan dalam setengah jam atau lebih. Baru boleh dimasak. Rendam beras lama mana pun takkan lembik, ikut sukatan di bawah.

Baca juga: Resepi MAGGI Goreng Thai Viral, Lebih Umami Rasanya Sebab Ramuan Ini!

Sukatan bahan nasi lemak:

cara masak nasi lemak

Gambar: Darma Sukma Sukma

  • 1 kg beras
  • 1500 ml air
  • 200 ml santan

Cara penyediaan:

  1. Pada jam 8 malam cuci beras hingga bersih sehingga airnya menjadi jernih.
  2. Kemudian, biarkan ia terendam selama 1 hingga 2 jam (jangan risau jika terlajak waktu).
  3. Setelah itu, toskan beras tersebut dan baru boleh simpan di dalam peti sejuk.
  4. Pagi keesokkannya, keluarkan beras dari peti sejuk dan masukkan air serta santan.
  5. Boleh letak garam, perasa dan gula.
  6. Biarkan ia terendam dengan santan selama setengah jam.
  7. Kemudian, beras tersebut sedia dimasak sebagai nasi lemak dan jangan lupa daun pandan.

Sambil menunggu beras terendam dengan santan, boleh lah anda menyediakan padanan nasi lemak yang lain seperti sambal, telur, kacang, ikan bilis dan timun.

Baca juga: Resepi Kulit TORTILLA Mudah 8.4K Perkongsian, Boleh Buat Bekal Suami!

Sumber: Darma Sukma Sukma via Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

FT Image: Darma Sukma Sukma / freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×