Dapur

Nampak Sama Macam Nasi Lemak Tapi Tidak, Ini Resepi Nasi Lemuni Dari Utara Kena Cuba!

50
SHARES

Mungkin ada dalam kalangan anda yang belum mengenali dan merasai hidangan bernama Nasi Lemuni. Melalui perkongsian dari saudara Khairul Abdullah, nasi ini amat terkenal di kawasan utara Malaysia.

Cara penghidangannya sama seperti Nasi Lemak, namun apa yang membezakannya adalah nasi itu sendiri. Jika nasi lemak menggunakan santan dan daun pandan, nasi lemuni hanya memerlukan daun lemuni sebagai bahan utama. Jom cuba buat!

Baca juga: Rupanya Ada 5 Jenis Sos Tiram, Patutlah Ada Yang Rasa Cair & Ada Pekat!

PERBEZAAN ANTARA NASI LEMUNI & NASI LEMAK PADA NASINYA…

Ini adalah Nasi Lemuni.

Nasi kegemaran arwah isteri aku. Tadi kawan baik dia Eppi, buatkan sempena birthday dia walaupun dia dah tak ada. Aku makan sambil menitik air mata weh, sebab rindu dan sebab sedap yakmat. Thanks Eppi.

Mari sama sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang telah tiada.

Nasi ini popular di bahagian utara. Aku rasa orang Johor tak kenal ni. Dia dihidang sama macam nasi lemak. Membezakannya ialah nasi kerana ia dimasak dengan daun Lemuni.

Cara nak buat dia pun mudah, hampir sama macam nak buat nasi lemak.

RESEPI NASI LEMUNI

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan beras, bersih dan toskan.
  • 3 cawan santan.
  • 1 genggam daun lemuni, boleh beli di Shopee.
  • 1 inci halia dihiris.
  • 2 ulas bawang merah dihiris.
  • 2 ulas bawang putih dihiris.
  • 1 sudu halba.
  • 1 helai daun pandan dicarik disimpul.
  • Sedikit garam.

CARA NAK BUAT NASI LEMUNI:

Gambar hiasan: Daun Lemuni – JaneGarratt.

1. Kisar daun lemuni dengan satu cawan santan dan tapiskan. Tak tapis pun tak apa, lagi umph.

2. Masukkan semua bahan lain termasuk bahan kisar atau tapis tadi ke dalam periuk eletrik, kacau sebati dan tekan on.

Siap!

Hidangkan dengan sambal ikan bilis, telur rebus dan hirisan timun. Kalau kau buat sambal sotong, ke bulan terus perginya tau.

Daun lemuni ni sangat berkhasiat tau. Dah lah sedap, jadi ubat pulak tu. So, kalau belum pernah makan, kau wajib cuba. Memang susah nak cari kat kedai, so kau buatlah sendiri. Selamat mencuba.

Daun lemuni tu kalau tak ada kau boleh beli di Shopee.

NASI LEMUNI BOLEH JUGA DIMAKAN BERSAMA LAUK SAMPINGAN LAIN…

Meninjau di ruangan komen, ternyata benar hidangan Nasi Lemuni ini menjadi igauan ramai kerana kesedapannya. Malah, ia dimakan bersama pelbagai jenis lauk sampingan. Menarik!

Sumber: Facebook Khairul Abdullah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×