Dapur

Rupanya Ada 5 Jenis Sos Tiram, Patutlah Ada Yang Rasa Cair & Ada Pekat!

58
SHARES

Mungkin selama ini tidak ramai yang mengetahui, sos tiram mempunyai beberapa jenis mengikut kepada peratusan atau kepekatan ekstrak tiram itu sendiri dan kandungan bahannya. Selain itu, ia mempunyai pelbagai fungsi mengikut tujuan masakan masing-masing.

Melalui perkongsian yang dibuat oleh Chef Amer, terdapat lima jenis sos tiram di pasaran Malaysia. Selain sos tiram, terdapat sos perisa tiram, sos tiram premium, sos tiram tiruan sayuran dan sos berperisa tiram ekonomi. Jadi, jom lihat fungsinya!

Baca juga: Resepi Air Asam Menyengat, Ada Teknik Rahsia Buat Lagi ‘Kick’!

SYARIKAT BESAR BUKAN SETAKAT ADA SIJIL HALAL, MALAH ADA HACCP & ISO…

Masa saya beli Sos Tiram dekat NSK tadi, tiba-tiba ada seorang Auntie India ni tanya saya, yang mana satu Sos Tiram untuk vegetarian. Saya pun tunjukkan lah yang mana satu.

Kemudian dia tanya lagi apa beza Sos Tiram yang lain-lain tu. Ehhh…macam dekat kelas pula dia tanya. Sedang saya terangkan dekat dia, datang pulak mak cik ni tanya, Sos Tiram brand apa yang paling best.

Aikkk…sah! Dah boleh buat kelas pasal ni dekat NSK. Okay, Sos Tiram ini ada 5 jenis.

5 JENIS SOS TIRAM

1. SOS TIRAM

  • Kandungan ekstrak tiram lebih dari 10% dan boleh dipanggil Sos Tiram.
  • Rasa tiram yang sebenar.
  • Jenama Panda Lee Kum Kee.

2. SOS PERISA TIRAM

  • Kandungan ekstrak tiram kurang 5%, sebab tu tak boleh dipanggil Sos Tiram, hanya berperisa tiram sahaja.
  • Rasa tiram yang ‘mild’.
  • Jenama Maggie, Nona, Adabi, Taste-me.

3. SOS TIRAM PREMIUM

  • Kandungan ekstrak tiram 40%.
  • Rasa tiram yang sangat padu.
  • Jenama Premium Lee Kum Kee (ibu dan anak dalam sampan).

4. SOS TIRAM TIRUAN SAYURAN

  • Tiada langsung ekstrak tiram dan digantikan dengan serbuk cendawan (1%) serta perasa sahaja.
  • Disebabkan itu sesuai untuk vegetarian.
  • Jenama Sos Berperisa Tiram Sayuran Lee Kum Kee, Taste-Me.

5. SOS BERPERISA TIRAM EKONOMI

  • Kandungan ekstrak tiram yang sangat sedikit atau tiada langsung, sekadar perasa dan kicap serta pemekat sahaja.
  • Harga sangat murah dan dijual dalam tong 3 atau 5 kg.
  • Jenama Puteri, Emos, HTH.

Haaa….dah tahu sekarang nak beli Sos Tiram yang mana? Dah kandungannya berbeza, tentu lah harga juga berbeza. Ikut lah cita rasa, budget dan tujuan masakan masing-masing.

Satu lagi, tentu ramai yang akan bertanya tentang status HALAL Sos Tiram ini kan. Nasihat saya, terlanjur dah baca tentang kandungan atau bahan yang digunakan, tengok lah sekali cop halal dia ya.

Rajinkan sikit membaca tu, jangan main ambil je. Company besar-besar ni, bukan setakat ada sijil HALAL, malah ada HACCP dan ISO lagi. Guna lah tanpa was-was walau pun ada tulisan cina kerana ini pasaran mereka.

Sumber: Facebook Chef Amer

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×