Dapur

Resepi Air Asam Menyengat, Ada Teknik Rahsia Buat Lagi ‘Kick’!

121
SHARES
resepi air asam

Air asam merupakan salah satu pencicah yang sering ‘dikahwinkan’ bersama ikan bakar, ikan goreng mahupun ikan yang dikukus, selain sambal kicap, budu dan cencalok. Malah, resepi air asam ini memang mudah untuk disediakan!

Namun, terdapat pelbagai resepi yang menjadikan ia lebih sedap bergantung kepada selera pembuatnya. Kali ini, resepi air asam menyengat telah dikongsikan oleh Puan Ameera, di mana langkah terakhir itu yang merupakan rahsia bagaimana ia menjadi lebih ‘kick’! Jom cuba.

Baca juga: Resepi Rahsia ‘Kejelitaan’ Cek Mek Molek, Tak Pecah Bila Goreng!

‘STEP’ TERAKHIR MEMANG ‘CONFIRM’ BUAT LAGI PENCICAH PADU…

resepi air asam

Gambar: Siap dihidang. Makan ramai-ramai best, berebut. Hastag anak ibu ramai.

Air asam menyengat. Mudah dan sedap sampai ke titisan pinggan kali ke 4. Selalu buat cicah dengan ikan sahaja, ikan tu ibu kukus je. Berpinggan weh! Cubalah.

RESEPI AIR ASAM MENYENGAT

BAHAN A:

Ikan bawal tambak (ikut suka nak ikan apa).

BAHAN B: 

resepi air asam

  • 10 biji cili padi
  • 2 biji besar cili merah
  • 1 biji tomato (Nak letak lebih ikut suka hati kau oranglah).
  • Bawang besar 1 biji (Potong nipis senipis hatimu).
  • Asam jawa biji
  • Belacan 
  • 1 cawan air suam
  • Garam & gula
  • Sos tomato & sos cili

CARA-CARA PENYEDIAAN:

Ikut suka nak kukus ikan apa, ini ikan bawal tambak. Manis isi nya. Kukus ikan 20 minit sahaja. Nampak tua juga ikan ni. Tengok bibir pun tahu.

Asam jawa biji ambil separuh begini. Pakai asam jawa biji ni bila buat air asam. Dia punya kick tak boleh masuk berbincang langsung sedapnya.

resepi air asam

Belacan besar ini ya. Kalau nak kurangkan pun boleh, kang ada pula yang kata “weh ronggak hidung aku weh”. Gitulah bunyinya. Beritahu sesiap.

Air 1 cawan ya. Air suam tau, jangan guna air paip. Sakit perut mencirit kau weh. Bahaya. Air suam, air suam, air suam. Harap masuklah dalam kepala ibu suruh guna air suam. Thank you.

resepi air asam

Campurkan semua dalam mangkuk, nak pakai pinggang ke periuk ke ikut lah mood korang. Mood ibu ke mangkuk, mood korang entah la!

Garam sikit. Jangan banyak, nanti masin. Kelat muka laki dan anak kau makan nanti, diorang tahu komplen je. Ishhhh.

resepi air asam

Gula 2 sudu makan. Ada rasa manis, masam, pedas, sedap. Perghhh! Tak mampu nak teruskan, kena cubalah.

Belacan tadi tenyeh je dekat tangan, pakai tangan la, come on. Baru la air tangan. Jangan pakai bulu mata ok! Bedosa.

resepi air asam

Sos tomato 1 sudu makan. Masukkan terus, jangan berhenti, traffic light hijau tu. Kemudian sos cili 1 sudu makan juga. Jaga-jaga traffic light lampu kuning dah tu. Berjaga jaga.

resepi air asam

Air asam jawa tadi tapiskan, biji dia buangkan. Mahu tercekik laki aku makan kang. Ini contoh, bukan marah.

Ha apa lagi, gaullah semua bahan tadi. Sambil gaul sambil selawat. Insya Allah, anak dan suami mu makan dengan penuh kasih sayang.

Tolonglah jangan tanya boleh ke gaul pakai tangan. Inilah rahsia yang buat sedapnya. Selamat mencuba korang.

resepi air asam

Sumber: Facebook Ameera via Masak Apa Hari Ni..(MAHN) 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×