Dapur

Resepi Cornflakes Telur Masin (Salted Egg Crispy Cornflakes), Kuih Raya Laku Keras!

12
SHARES
resepi cornflakes

Cornflakes Telur Masin atau Salted Egg Crispy Cornflakes merupakan kuih raya yang mudah untuk disediakan. Resepi cornflakes ini hanya memerlukan beberapa bahan sahaja dan kacau di atas kuali, sebelum dibakar ke dalam ketuhar.

Mudah bukan? Justeru itu, bagi menambah kemeriahan kuih raya di rumah, molek kiranya jika anda membuat cornflake ini dengan mengikuti perkongsian resipi dari Puan Nornahar Akhmar.

Baca juga: Berita Baik Untuk Orang Diet! Rupanya Nasi Sejuk Dapat Kurangkan Nilai Kalori Tetapi…

RESEPI CORNFLAKES TELUR MASIN

resepi cornflakes

Ini yang jadi laku keras nanti. Dah siap kena ‘sorok’. Kalau tak, ermmmmm memang tak sempatlah nak simpan dalam balang kuih raya.

RESEPI SALTED EGG CRISPY CORNFLAKES

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm butter
  • 15 tangkai daun kari
  • 15 tangkai cili padi merah
  • 15 tangkai cili kering
  • 150gm serbuk telur masin
  • 1kg cornflakes

LANGKAH-LANGKAH:

1. Masukkan butter ke dalam kuali yang telah dipanaskan. Kacau sehingga ia cair.

2. Kemudian, taburkan daun kari di atasnya dan kacau hingga sekat.

3. Jangan lupa masukkan pula cili padi merah dan cili kering yang telah dihiris dan gaul rata lagi.

4. Setelah itu, masukkan serbuk telur masin. Pastikan ia dikacau sehingga sebati.

5. Kacau ia hingga berbuih.

6. Barulah masukkan cornflakes ke dalam kuah yang telah dimasak tadi.

7. Tutup api dan gaul sebati.

8. Terakhir sekali, bakar dalam oven pada suhu 150 selama 5 minit.

Dah siap! Ha jangan lupa, cepat-cepat masuk dalam balang kuih dan ‘sorokkan’. Selamat mencuba!

VIDEO PENUH:

Sumber: Facebook Nornahar Akhmar via Masak Apa Hari Ni..(MAHN) 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×