Dapur

Resepi Ketupat Pulut Lemak Sarawak Anyaman Dari Daun Nipah, Unik & Aromanya Berbeza!

2
SHARES
cara buat ketupat

Terdapat pelbagai jenis ketupat yang ada di Malaysia. Antara yang paling popular dan mudah ditemui ialah ketupat palas. Namun, bagi menambah perbezaan sambutan Hari Raya pada tahun ini, apa kata anda mencuba cara buat ketupat pulut lemak dari Sarawak.

Ketupat pulut lemak ini sangat unik dan sukar ditemui di Semenanjung kerana ia banyak dihasilkan di negeri Sarawak dengan menggunakan anyaman daun nipah. Melalui perkongsian resepi dari Puan Ross Zaini, selain sarung ketupatnya yang berbeza, keunikan lain yang terdapat pada ketupat ini adalah mengeluarkan aroma yang unik dari kebiasaan yang ada.

Baca juga: 10 Resipi Rendang Pelbagai Aneka Yang Boleh Cuba Masa Raya Nanti, Baru Meriah Atas Meja!

CARA BUAT KETUPAT PULUT LEMAK SARAWAK

cara buat ketupat

Saya pernah berkongsi resepi ketupat lemak ini beberapa tahun dulu dan pernah meletup di beberapa page. Tapi sayang Facebook lama saya itu dah kena hacked, saya sendiri dah tak boleh access Facebook tu balik. Saya jumpa balik page yang re-share ketupat ini.

Rindunya nak balik Sarawak. Dah lebih 2 tahun tak balik (perkongsian ini disiarkan pada 2021). Balik Sarawak je merasa ketupat pulut lemak.

KEUNIKAN KETUPAT PULUT LEMAK SARAWAK

  • Dianyam dengan pucuk daun nipah.
  • Mengeluarkan aroma yang berbeza dari daun kelapa.
  • Saiz ketupat yang agak lebar.

RESEPI KETUPAT PULUT LEMAK SARAWAK

cara buat ketupat

BAHAN-BAHAN:

  • Beras pulut
  • Santan
  • Sarung ketupat
  • Garam
  • Daun pandan

CARA-CARA MEMBUAT KETUPAT PULUT LEMAK SARAWAK

  1. Beras pulut lepas basuh, rendam dalam santan lebih kurang 2 jam.
  2. Lepas itu, masukkan dalam sarung ketupat. Semat elok-elok jangan bagi terkeluar beras. Nak masukkan beras tu, isi penuh tapi jangan padat sangat. Bagi longgar sikit.
  3. Kemudian, air lebihan santan tadi guna untuk rebus ketupat itu.
  4. Tambah air dalam 2 liter (untuk 2kg pulut) dan masukkan garam bagi rasa masin lemak.
  5. Letak juga beberapa helai daun pandan untuk aroma yang lebih wangi.
  6. Rebus sampai kering santannya. Sekilo pulut guna sekilo santan.

P/s: Boleh cuba untuk yang first time tengok untuk raya ini.

Selain tetamu dijamukan dengan ketupat, jangan lupa sediakan hidangan raya yang lain seperti kuah kacang, nasi impit, rendang dan kuih raya trasional. Boleh juga nak memeriahkan meja makan dengan hidangan lain seperti mi kari dan laksa.

Sumber: Facebook Ross Zaini via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×