Dapur

Resepi Kuah Kacang Pekat Viral, Makan Bersama Nasi Impit Pasti Terangkat!

317
SHARES
resepi kuah kacang

Kelazatan kuah kacang memang sukar nak digambarkan. Rasanya yang manis, pedas, lemak dan masin itu sentiasa dipadankan bersama satu set hidangan satay. Malah, makan bersama nasi impit menjadi lebih menyelerakan apabila resepi kuah kacang itu pun serba-serbi enak rasanya!

Resepi kuah kacang oleh Nurul Ateekah ini sangat pekat memukau selera untuk dicuba. Tidak lama lagi kan, bakal menjelang bulan Syawal, apa kata anda cuba guna resipi yang sudah mendapat 2.7k perkongsian ketika ini.

Baca juga: Resipi NASI BERIANI Pakistan Asli, Rasanya Jauh Beza Dengan Versi Malaysia!

RESEPI KUAH KACANG

resepi kuah kacang

Gambar: Pekat-pekat makan dengan nasi impit macam gini terbaik! – Nurul Ateekah.

Bahan-bahan:

  • 500gram kacang tanah (disangai atas api)
  • Minyak masak 1 senduk
  • Air putih 1 liter
  • Air asam jawa 3 sudu
  • Gula putih 250gram
  • Gula merah/melaka 100gram
  • Garam 1 sudu kecil
  • Cili kisar (1½ senduk)
  • Serai 2 batang
  • Bawang merah 3-5 biji (sebesar syiling 50 sen)
  • Bawang putih  3 ulas
  • Lengkuas 2 cm
  • Udang kering 1½ sudu besar

Baca juga: Ini 3 Cara Buang Bau Hamis Daging Kambing, Barulah Terbuka Selera Nak Makan!

Baca juga: Resepi Nasi Daging Utara Gebu Berderai & Dagingnya Lembut, 17 Ribu Perkongsian!

CARA MEMASAK:

resepi kuah kacang

Gambar: Nurul Ateekah.

  1. Kacang tanah digoreng dengan sedikit minyak (mengunakan api yang perlahan), goreng kacang sehingga masak dan kisar kasar.
  2. Kisar bawang merah, bawang putih, lengkuas, udang kering dan bawang putih sehingga halus.
  3. Panaskan minyak masak, tumis bahan yang dikisar tadi…masak sehingga pecah minyak (mengunakan api yang sederhana).
  4. Masukkan air asam jawa dan masak seketika.
  5. Masukkan gula melaka/gula merah, gaul hingga sebati.
  6. Masukkan kacang, air putih, gula dan garam, digaul sebati.
  7. Masak mengunakan api yang sederhana dan masak sehingga kuahnya pekat serta rasa secukup rasa yang dimahukan.

Selamat mencuba resepi ini ya semua, lagi-lagi bila musim perayaan!

Baca juga: Resepi Sup Tulang Lembu Dengan Kuah Pekat, Kisar 2 Bahan Rahsia Ini!

Sumber: Facebook Nurul Ateekah via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

FT Image: Nurul Ateekah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×