Dapur

RAHSIA Kacang Tanah Tahan Lama & Tak Cepat Busuk, Kena Rebus & Simpan Macam Ini!

42
SHARES
cara merebus kacang tanah

Kacang tanah rebus adalah makanan ringan kesukaan ramai, yang mudah direbus dan sangat enak apabila diperisakan dengan garam dan perasa lain. Kelemahannya, ia tidak boleh disimpan terlalu lama kerana cepat membusuk. Disebabkan itu, anda perlu tahu petua menyimpan dan cara merebus kacang tanah yang betul supaya ia boleh dinikmati berulang kali!

Jom ikuti beberapa petua dalam artikel ini untuk mendapatkan snek masin kacang tanah untuk dinikmati bersama minuman kegemaran anda!

Baca juga: Resepi Sambal Telur Pecah Lejen, Rupanya Kena Buat Cara INI Baru Menjadi!

CARA MEREBUS KACANG TANAH

cara merebus kacang tanah

Gambar: instructables

KAEDAH MEMBERSIH & MERENDAM KACANG TANAH

1. Beli kacang tanah yang segar

Pastikan anda membeli kacang tanah dalam kuantiti makan yang diingankan seperti 1kg kerana ia tidak boleh bertahan lebih dari beberapa minggu. Beli kacang segar dengan kulit yang keras dan berwarna coklat, serta mempunyai aroma kacang yang kuat.

2. Cuci kacang tanah dan buang kotoran atau kulit yang rosak

Jika anda membeli kacang tanah segar terus dari peladang, anda perlu:

Hal ini kerana, kacang tanah segar dari kawasan perladangan kebiasaannya mempunyai kotoran tanah dan sebagainya. Namun, kacang tanah yang dibeli dari kedai tidak perlu dibasuh, boleh terus merendamnya.

3. Gosok kacang tanah dengan berus dan masukkan ke dalam penapis

cara merebus kacang tanah

Gambar: WikiHowID

  • Letakkan segenggam kacang tanah di atas tapak tangan dan gosok perlahan-lahan kotoran yang melekat pada kulit kacang tersebut menggunakan berus sayuran.
  • Kemudian, bilas kacang tanah yang telah digosok dalam penapis

Baca juga: Petua Hebat Mengenai Dunia Dapur Yang Jarang Didengari, Wanita WAJIB Tahu!

4. Pindahkan kacang tanah ke dalam periuk besar

  • Masukkan 1 kg kacang tanah dan 8 liter air ke dalam periuk besar
  • Tuangkan air ke dalam periuk dan pastikan semua kacang terendam sepenuhnya

5. Tambah 1 cawan garam halus (250ml) ke dalam air

  • Sukat dan masukkan garam halus ke dalam periuk dan kacau isi periuk supaya garam larut dalam air
  • Garam akan menambah rasa pada kacang semasa ia direndam

6. Tutup periuk dan biarkan kacang tanah direndam

  • Letakkan penutup di atas periuk
  • Biarkan ia direndam selama 30 minit sebelum anda merebusnya

7. Buang air rendaman kacang

  • Selepas merendam kacang untuk jumlah masa yang dikehendaki, buang air rendaman sebelum anda merebus kacang.

Nota:

Jika anda tidak boleh mendapatkan kacang segar, beli kacang mentah kering sebagai alternatif. Kacang kering hendaklah direndam lebih lama sebelum direbus. Anda perlu merendamnya sekurang-kurangnya 8 jam atau semalaman.

Baca juga: Makan Pelbagai Sayur Berkacang Ini, Dapat Kawal Radang Kulit Akibat Ekzema!

KAEDAH MEMASAK & MENYIMPAN KACANG TANAH

  1. Masukkan air dan kacang tanah yang telah direndam ke dalam periuk besar.
  2. Pastikan airnya lebih tinggi sekurang-kurangnya 5 cm di atas kacang tanah.
  3. Kemudian, kacau kacang tanah mengikut keperluan supaya semuanya tenggelam dalam air.
  4. Letakkan periuk di atas dapur dan masukkan rempah-rempah mengikut keinginan anda.
  5. Garam adalah perasa asas yang menjadikan kacang tanah sedap, boleh tambah kira-kira 1 cawan (250 ml) garam untuk setiap 4 liter air. Jika anda ingin kacang menjadi pedas, cuba tambah serbuk cili atau jalapenos.
  6. Didihkan  dengan menggunakan api besar sehingga air mendidih.
  7. Selepas itu, tutup periuk dan kecilkan api ke sederhana, dan biarkan kacang direbus di dalamnya selama 4 jam.
  8. Kacau dan rasa sekali sekala dengan membuka kulit kacang.
  9. Boleh tambah air jika kacang sudah tidak tenggelam sewaktu tempoh 4 jam merebus.
  10. Akhir sekali, selepas 4 jam merebus boleh tutup api dah keluarkan kacang tanah.

Anda boleh terus makan atau simpan kacang tanah dengan cara yang betul untuk dinikmati kemudian. Caranya:

  • Letakkan kacang dalam beg plastik Ziploc untuk disimpan sehingga 7 hari, atau bekukan di dalam peti sejuk untuk dinikmati kemudian
  • Kacang rebus tidak boleh bertahan lama dan akan membusuk jika dimasukkan ke dalam bekas bertutup dan disimpan di dalam peti sejuk selama lebih dari seminggu

Baca juga: Resepi Kuah Kacang Pekat Viral, Makan Bersama Nasi Impit Pasti Terangkat!

Sumber: WikiHowID

FT Image: Rey Lopez-The Washington Post / wikihowID

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×