Dapur

Resepi Mudah Pecal Viral, Tiap Kali Raya Mesti Licin!

51
SHARES

Buat penggemar hidangan pecal anda mesti cuba resepi Pecal Wak Tipah yang telah dikongsi melebihi 3.6K ini. Jangan lupa dihidangkan kepada tetamu yang datang berkunjung ke rumah untuk mereka mencubanya sendiri. Raya kan sebulan!

Pasti membuka selera tetamu anda, apabila melihat keunikan dan perbezaan hidangan yang mungkin jarang atau tidak pernah mereka nikmati sebelum ini.

Baca juga: Resepi Koey Teow Thng ‘Original Chinese Style’ Viral, Sedap & Mudah!

RESEPI MUDAH PECAL VIRAL, TIAP KALI RAYA MESTI LICIN!

Hari raya ke-7, kali ke-7 juga buat pecal jamu tetamu. Macam tu lah setiap tahun. Tetamu datang cari pecal wak tipah. Saya kongsi resepi kami. Mungkin lain dengan orang lain.

Actually sukatan bahan-bahan ikut sesedap hati je. Cuma mak pesan banyakkan bawang putih, jangan guna cili pedas nanti budak tak boleh makan. Pes cili tu dihangatkan setiap hari makin lama makin sedap.

RESEPI PECAL WAK TIPAH

BAHAN-BAHAN PES CILI:

  • 2 genggam cili kering.
  • 7 biji bawang merah.
  • 4 labu bawang putih.
  • Separuh belacan.
  • 2 sudu besar Kencur/cekur ditumbuk.
  • 1kg kacang tanah.
  • Asam jawa.
  • Garam, gula & aji.

*cara buat sos ada kat video dan dalam video saya buat dalam kuantiti banyak.

CARA PENYEDIAANNYA:

1. Goreng cili kering di dalam minyak panas.

2. Setelah itu, kisar cili kering yang telah digoreng.

3. Sementara itu, goreng belacan, bawang merah dan bawang putih di dalam kuali bersama sedikit minyak panas.

4. Kisar kesemua bahan-bahan yang telah digoreng tadi.

5. Campurkan kesemua bahan-bahan yang telah dikisar ke dalam periuk dan masukkan gula, garam dan aji sebagai perasa.

6. Kemudian, masak campuran tadi dengan api yang perlahan sehingga naik minyak.

7. Warnanya akan jadi merah pekat seperti gambar di atas apabila telah dimasak.

8. Sesudah itu, kisar kacang tanah tidak terlalu halus atau kasar dan campurkan ke dalam bekas yang bersesuaian bersama pes cili.

9. Perasakan lagi sekali dengan gula, garam, msg, cekur/kencur dan air asam jawa.

10. Kacau kesemua bahan-bahan tadi sehingga sebati sebelum dicurahkan air panas.

11. Kepekatan sos akan terhasil seperti gambar. Siap!

Bahan-bahan nak makan dengan sos ikut suka hati.

Boleh susun mi maggi, daun ubi rebus, betik celur dan timun di dalam pinggan dan curahkan sos di atasnya. Pecal Wak Tipah sedia untuk dimakan!

Selamat menikmati Pecal Wak Tipah bersama keluarga dan tetamu dengan rasa kencur, pedas, manis, masam dan masin yang memikat selera. Jom cuba!

Sumber: Facebook Nor Azryana via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×