Dapur

Resepi Koey Teow Thng ‘Original Chinese Style’ Viral, Sedap & Mudah!

55
SHARES

Sudah menjadi kebiasaan dan adat di Malaysia apabila bulan Syawal menjelma, aktiviti ziarah-menziarahi tidak akan dilupakan. Kebiasaanya, tetamu dihidang dengan pelbagai juadah raya yang biasa dilihat seperti rendang, ketupat, mi kari, soto dan pelbagai lagi.

Namun, jika anda telah kekurangan idea dan inginkan kelainan untuk menjamu hidangan kepada tetamu yang datang, apa kata cuba resepi Koey Teow Thng ini. Khabarnya oleh Puan Fatyn Zamry ini adalah resepi cara Chinese yang asli dan menerima pujian sedap dari kenalannya.

Barulah bukak selera mereka sebab tidak pernah cuba dan belum rasa jemu lagi. Menu ini pun telah mendapat 3.7K perkongsian setakat ini.

Baca juga: Resepi Mi Kari Viral, 1 Jam Je Dah Siap & Hasil Memuaskan!

RESEPI KOEY TEOW THNG ‘ORIGINAL CHINESE STYLE’ VIRAL, SEDAP & MUDAH!

Tengah fikir nak buat menu open house yang mudah tapi sedap ke tuuu??

Jom try menu ni, seriuss sedap. Alhamdulillah tadi buat ramai puji cakap sedap. Korang try la!

RESEPI KOEY TEOW THNG (ORGINAL CHINESE STYLE) SEDAP & MUDAH!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam (potong besar-besar pun takpa).
  • Fishball & fishcake.
  • Serbuk lada putih.
  • Lada putih biji ditumbuk.
  • Sengkuang 1 biji (saiz sederhana je agak besar bulatan burger).
  • Gula batu if tak ada gula biasa pun ok.
  • Serai 2 batang diketuk.
  • Batang Saderi (optional).
  • Kiub pati ayam 2.
  • Garam & serbuk hilal (serbuk perasa).
  • Taugeh, daun bawang.
  • Cabai kicap.
  • Mee/Koey Teow/Maggie/Bihun.

CARA-CARA PENYEDIAAN MASAK KUAH:

1.  Campur sekali ayam dibasuh bersih, serai diketuk, sengkuang dibelah 4, serbuk lada putih, lada putih biji yang telah ditumbuk, batang saderi diketuk dan kiub ayam.

2. Rebus hingga mendidih, masuk serbuk hilal, gula batu dan garam. Rebus lagi hingga ayam empuk.

3. Bila dah empuk ayam, angkat dan asingkan ayam. Carikkan isi ayam utk topping dlm th’ng nanti. Tulang ayam tu masukkan balik dlm kuah, biar merebus sekali. Siap part kuah!

4. Fishball and fishcake boleh dicelur atau goreng. Saya suka goreng, lebih wangi. Jadi gorengkan sekejap, toskan. Potong nipis-nipis untuk dijadikan bahan topping.

CARA PENYEDIAAN MINYAK BAWANG PUTIH:

1. Bawang putih 10 ulas dicincang halus, goreng dengan minyak hingga tukar warna kekuningan dan naik bau. Tutup api.

2. Tunggu sejuk, masukkan bawang sekali minyak tu ya. Biar je, nak makan cedok sesudu.

CARA PENYEDIAAN CILI KICAP:

1. Goreng cili padi 20 tangkai, cili merah 3 batang & bawang putih 5 ulas tengok size kalau kecil-kecil tambah sikit lagi.

2. Goreng sampai naik bau & tutup api.

3. Tunggu sejuk sekejap, blend cili bersama minyak yang ditumis tadi serta kicap. Saya guna campuran kicap mudim + kipas udang habhal warna merah. Siap!

Dah boleh dihidang dengan pilihan mee, taugeh celur serta taburan daun bawang.

Try laa, seriuss sedap!

Sumber: Facebook Fatyn Zamry via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×