Dapur

Resepi Mi Kari Viral, 1 Jam Je Dah Siap & Hasil Memuaskan!

66
SHARES

Selain makanan khusus raya seperti rendang, ketupat, nasi impit dan kuah kacang, menu mi kari juga menjadi pilihan utama tuan rumah untuk menjamu tetamu ketika berhari raya.

Hidangan mi kari sangat mudah dan bahan-bahan juga boleh diubah tambah dan tolak mengikut selera anda. Begitu juga dengan perkongsian resepi seorang bapa kepada 3 anak ini yang telah peroleh 1.8K perkongsian ketika ini di laman sosialnya.

Hanya peruntukkan 1 jam sahaja di dapur.

Baca juga: Resepi Kuah Kacang Pekat Viral, Makan Bersama Nasi Impit Pasti Terangkat!

RESEPI MI KARI VIRAL, 1 JAM JE DAH SIAP & HASIL MEMUASKAN!

Gais, kalau bini kau minta nak makan mee kari dan dia suruh kau yang buat, maka janganlah kau gundah yer. Dengan lidah yang lancar lagi fasih kau jawab “Bagi abang sejam yer yang!”

Terus kau start motor ke kedai dan beli bahan ni.

BAHAN-BAHAN:

Ini je bahan-bahan dia. Rempah kari tu yang paling penting. Beli di sini.

  • 1 paket mee kuning – boleh ganti dengan spaghetti.
  • 400 gram kerang yang dah siap kupas. Yang frozen tu pun ok. Kalau takde kau kupas sendiri.
  • 1 ketul isi ayam.
  • 8 ekor udang saiz sederhana.
  • 1 ikat kacang panjang.
  • 1 genggam taugeh – kalau bini kau tak makan tak payah beli. Hormati taste dia.
  • 1 ikat sawi – kalau kau tak kenal mohon kau tanya orang.
  • 1 pek fishball – kau cari kat bahagian sejuk beku.
  • 1 pek fishcake – sama seperti di atas.
  • 1 pek tofu goreng – kau tanya orang lah kalau tak kenal.
  • 1 ketul kiub pati ayam.
  • 2 ranting daun kari, biar banyak takpe.
  • 1 pek kecil serbuk kari daging Cap O.
  • 1 pek kecil serbuk kari ikan Cap O.
  • 1 kotak santan.
  • 1 sudu kecil pes asam jawa.
  • 5 ulas bawang putih.
  • 3 ulas bawang merah.
  • 1 inci halia.
  • 1 kulit kayu manis.
  • 2 kuntum bunga lawang.

Banyak jugak kau nak kena beli. Tu pun aku dah skip banyak bahan, semata-mata nak bagi kau senang. Make sure semua ada okeh.

Kau jangan lama-lama kat kedai tu, ada sejam jer ni nak masak ni.

Sampai rumah kau solat taubat dulu 2 rakaat pastu terus masuk dapur. Benda senang je ni, jangan susah hati. Kau boleh pegang phone sebelah dan sebelah lagi masak dengan bergaya.

PENYEDIAAN MI KARI KUAH PEKAT YANG MUDAH

Cara nak buat dia:

Kisar bawang putih dan bawang merah. Campur kedua rempah kari tadi dan jadikan pes.

1. Kau kisar bawang putih, bawang merah dan halia.

Tumiskan bahan kisar bersama daun kari dan juga kulit kayu manis dan bunga lawang.

2. Pastu panaskan minyak dalam 5 sudu macam tu dalam periuk besar sikit dan tumis bahan kisar dan kulit kayu manis, bunga lawang dan daun kari sampai naik bau.

Pastu masukkan pes kari dan kacau sampai naik bau. Pastu tambah air.

3. Kau campurkan rempah kari ikan dan daging dalam bekas tambah air dan jadikan pes pastu masukkan dalam periuk tumis tadi. Tumis sampai bau sedap dan pecah minyak.

Dah tu masukkan pes asam jawa. Kacau sebati.

4. Kemudian masukkan sedikit air, kacau sebati dan masukkan asam jawa. Kacau sebati biar didih.

Terus masuk semua ayam, udang, kerang, fishball, fishcake, tofu.

5. Dah didih kau masukkan fishball, fishcake, tofu goreng, udang, ayam dan kerang dan kau kacau sebati.

Tambah santan dan kacau sebati dan biar didih. Tambah air jika nak kuah banyak lagi.

6. Pastu masukkan santan dan biar didih.

Masukkan kiub pati ayam dan sedikit garam.

7. Dah didih masukkan kiub pati ayam dan 1 sudu kecil garam. Kacau dan tambah air ikut banyak mana kuah kau nak. Pastu rasalah dan adjust lah masin masam dia tu.

Siappp.

Kau celurlah mee, sawi dan taugeh dan masukkan dalam mangkuk. Pastu ceduklah kuah yang kau buat dengan penuh perasaan tadi tu.

Hiaslah dengan potongan limau, telur rebus, cili merah potong atau paling best kalau ada sambal tumis.

Fuhhh, bini kau peluk tak lepas okeh.

Nak sedap, sila guna Rempah Kari Ikan dan Rempah Kari Daging Cap O keluaran MAKER Recipe yang boleh dibeli di kedai, pasaraya dan Shopee.

Itu kalau wife kau minta lah. Kalau tak kau jangan cari penyakit.

Sumber: Facebook Khairul Abdullah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×