Dapur

Resepi Pecal Jawa, Nak Kuahnya Sedap & Naik Rasa Original Kena Lebihkan Gula Ini!

38
SHARES
resepi pecal

Pecal adalah salad tradisional Jawa yang terdiri daripada sayur-sayuran bercampur dengan kuah kacang. Seiring zaman, bahan-bahan membuat pecal turut mengalami sedikit perubahan, namun resepi pecal yang original janganlah dilupakan.

Kalau anda rindukan rasa pecal yang original, mari ikuti resepi dari Faizah Zaini ini. Tambahan pula, dia juga ada berkongsikan tips untuk membuatkan rasa kuah lebih sedap, seimbang dan naik rasa kuahnya.

resepi pecal,resepi kuah pecal

Baca juga: Resepi Tapai Pulut Yang Manis & Berair, Bila Makan Sejuk-Sejuk Memang Nikmat Tekak!

RESEPI PECAL SAMBAL SEDAP & NAIK RASA!

resepi pecal

Gambar: Faizah Zaini

Semalam on lagi pecal tak menahan tekak ini. Maklumlah orang kampung Sabak Bernam, sana banyak Jawa dan Banjar.

Saya pula Banjar, pecal ini kalau dekat sana memang jumpa lah tapi bila merantau kadang-kadang tak jumpa kuah pecal yang sedap. Ada itu ada, tapi kadang rasa tak seimbang.

Pecal ini yang sedap rasa dia mesti seimbang. Manis masin mesti seimbang baru naik rasa pecal dan bukan pekat kacang semata saja.

Tapi yang selalu saya beli dan dapat rasa kacang semata. Jadi, saya pun belajar dan terus belajar.

Ada sekali saya dapat rasa dia best betul macam pecal orang dulu. Saya suka rasa original, tapi setengah orang suka letak kencur (cekur) dan daun limau pun sedap juga.

Ini saya campur kangkung, timun dan tauhu saja…ya ampun sedap sangat! Mujur nasi impit tak ada, kalau ada kerjanya mengulang makan sahaja lah.

Baca juga: Resipi Aiskrim Dari Susu Badan Ibu, Ramuan Tulen ‘Dessert’ Istimewa Untuk Anak!

Baca juga: Resepi Aiskrim Malaysia Homemade, Hanya 1 Bancuhan Boleh Hasilkan Pelbagai Perisa!

RESEPI KUAH PECAL

resepi kuah pecal

Gambar: Faizah Zaini

Bahan perlu goreng:

  • Udang Kering
  • Kacang tanah
  • Cili kering
  • Bawang putih
  • Bawang merah

Bahan tambahan dikisar:

  • Garam
  • Gula
  • Gula merah/gula melaka
  • Gula putih
  • Air asam
  • Air suam
  1. Apabila dah dikisar masukkan pula bahan yang sudah digoreng tadi iaitu cili, udang kering, bawang dan akhir sekali kacang tanah.
  2. Tak perlu tumis semula ya.
  3. Masukkan kacang akhir sekali, saya suka macam ini baru lah dapat rasa kacang kasar-kasar sikit.
  4. Jika suka letak kencur dan daun limau boleh masukkan, tiada masalah.

Saya reti buat macam ini saja, bahan-bahan pun agak-agak tak ada sukatan. Masak ini cara masing-masing, asalkan selesa dan jadi. Raikan semua pendapat orang dan silalah cuba ya resepi pecal ini.

Baca juga: Tips Cuci Sinki ‘Stainless Steel’ Berkerak Hitam Akibat Terkena Asid Pencuci, Guna 2 Benda Je!

Tips sambal pecal sedap dan naik rasa

resepi pecal

Gambar: Faizah Zaini

Buat pengetahuan pembaca, menurut Puan Faizah Zaini, sambal pecal akan rasa sedap dan naik rasanya apabila anda melebihkan gula melaka.

Baca juga: Resepi Lasagna Guna Roti Keping, Menu Western Paling Ringkas Tapi Sangat Sedap!

Sumber: Faizah Zaini

FT Image: Faizah Zaini

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×