Dapur

Tips Cuci Sinki ‘Stainless Steel’ Berkerak Hitam Akibat Terkena Asid Pencuci, Guna 2 Benda Je!

31
SHARES
tips cuci sinki kotor

Bukan senang nak menghilangkan kesan hitam pada sinki jenis stainless steel setelah terkena asid pencuci. Sental kuat macam mana pun daki hitam tersebut masih ada. Sebenarnya kalau anda nak tahu, terdapat cara mudah untuk menghilangkannya dengan tips cuci sinki kotor yang dikongsikan Suriyanti Samsudin berdasarkan pengalamannya sendiri.

Anda tidak perlu susahkan diri untuk menyental sinki dengan kuat. Hal ini kerana, penggunaan dua benda magik seperti di bawah sudah cukup menjadikan permukaan sinki anda kelihatan bersih berkilat dan bersinar semula.

Baca juga: Bau Tengik Seakan Kencing Kucing, Rupanya Ini Antara 7 Bau Amaran Bahaya Dalam Rumah!

TIPS CUCI SINKI KOTOR

tips cuci sinki kotor

Gambar: Suriyanti Samsudin

Melalui hantaran yang dibuat, Suriyanti berdepan masalah sinki yang meninggalkan kesan daki hitam. Menurutnya, penggunaan cecair seperti asid pencuci untuk menghilangkan kerak-kerak hitam yang sedia ada telah membuatkan keadaan sinkinya bertambah lebih teruk.

“Tolong-tolong macam mana nak buat ini eh, sinki jadi macam itu lepas letak asid. Ingatkan boleh hilangkan kerak-kerak hitam tapi lain pula jadi. Ada cara untuk selamatkan tak?” tulis Suriyanti dalam satu hantaran di sebuah page di Facebook.

Berikutan itu, dia telah menerima banyak komen positif untuk membantu menyelesaikan isu tersebut.

Baca juga: Suami Tunjuk ‘Skill’ Guna Meja Jepun Panjangkan Katil, Persediaan Sambut Anak Tak Lama Lagi!

tips cuci sinki kotor

Gambar: Suriyanti Samsudin

Meninjau pada hantaran terbaru Suriyanti lanjutan kepada isu itu, terdapat cara mudah untuk menanggalkan kesan degil tersebut. Anda hanya memerlukan dua bahan sahaja iaitu magic sponge dan autosol.

Melihat pada gambar yang dikongsikan Suriyanti, kelihatan sinkinya telah berubah bersih berkilat dan bersinar daripada percubaan sebelum ini, yang menggunakan cecair asid pencuci untuk menghilangkan kesan degil yang ada.

“Terima kasih semua yang bagi cadangan. Alhamdulilahh sinki saya sudah kembali berseri, yeayyy! Tak sangka autosol ini betul-betul berkesan tak perlu sental kuat pun.

“Saya sapu guna magic sponge dan autosol saja, dah bersinar ching-ching. Tangan pun tak lenguh menyental, alhamdulilah,” tulis Suriyanti lagi.

Baca juga: Cara Sebenar Jaga Periuk Stainless Steel, Sampai Anak Cucu Masih Elok Berkilat & Tahan Lama!

Benda diperlukan dan proses:

sinki tersumbat

Gambar: Suriyanti Samsudin

  • Magic sponge
  • Autosol
  • Pelitup muka
  1. Lap kering sinki, dan pastikan betul-betul kering.
  2. Ambil magic sponge dan letak autosol macam letak ubat gigi.
  3. Terus sapu dekat permukaan bermasalah, nanti akan keluar hitam-hitam melekat pada magic sponge.
  4. Dah gosok semua permukaan, boleh cuci sinki macam biasa.

Peringatan untuk pembaca, ekoran bau autosol agar kurang menyenangkan, anda digalakkan untuk memakai pelitup muka ketika menggunakannya.

Baca juga: Dah Ganti Baru Tapi Pelik Jam Dinding Selalu Rosak, Rupanya Salah Guna Jenis Bateri!

Sumber: Suriyanti Samsudin via #kemasrumahwithhani

FT Image: Suriyanti Samsudin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×