Deko & Hias

Bau Tengik Seakan Kencing Kucing, Rupanya Ini Antara 7 Bau Amaran Bahaya Dalam Rumah!

2
SHARES
tanda rumah berbau

Apabila anda terhidu sesuatu dan adanya tanda rumah berbau pelik dan agak asing, jangan abaikan! Hal ini kerana, bau pelik harus menjadi tanda amaran. Sikap ambil mudah tanpa mencari punca bau, boleh menyebabkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Ada beberapa bau di rumah yang tak boleh diabaikan. Apa sahaja? Mari lihat di bawah!

Baca juga: Suami Tunjuk ‘Skill’ Guna Meja Jepun Panjangkan Katil, Persediaan Sambut Anak Tak Lama Lagi!

TANDA RUMAH BERBAU

tanda rumah berbau

Gambar: ohsospotless

Hidung adalah salah satu deria yang paling sensitif. Deria bau ini dengan mudah dapat mengesan aroma pelik di dalam rumah.

Kemunculan sebarang bau perlu diwaspadai dan ia boleh menjadi amaran tentang kejadian yang tidak diingini. Berikut adalah beberapa bau di rumah yang tidak boleh diabaikan, diringkaskan dari sumber CNN Indonesia.

Baca juga: Cara Sebenar Jaga Periuk Stainless Steel, Sampai Anak Cucu Masih Elok Berkilat & Tahan Lama!

1. Bau gas

Pada asasnya, gas asli tidak berbau. Walau bagaimanapun, bahan kimia yang ditambahkan padanya boleh mencetuskan bau.

Menurut Reader’s Digest, bau ini boleh menjadi seperti bau telur busuk. Jika anda menciumnya, maka terdapat risiko kebocoran gas berlaku.

Keluar dari rumah serta-merta dan hubungi perkhidmatan bantuan yang tersedia. Elakkan aktiviti lain di dalam rumah yang boleh mencetuskan api.

2. Stokin hapak

Bau kuat stokin hapak juga merupakan salah satu bau yang perlu anda waspada di rumah. Bau ini boleh menandakan kebocoran dalam sinki atau paip air, yang boleh mencetuskan pertumbuhan kulat.

Segera bersihkan kulat dengan cecair pembasmi kuman. Anda boleh menggunakan campuran larutan pemutih dan air untuk membersihkannya.

3. Bau kumbahan

Jika anda terhidu bau kumbahan, mungkin terdapat kebocoran gas di dalam longkang. Gas ini mengandungi komponen toksik dan berpotensi meletup seperti hidrogen sulfida.

Salah satu punca yang paling biasa ialah bilik air jarang digunakan. Cara mengatasinya, tuangkan segelas air ke dalam paip tandas. Bagi hasil maksimum, tambah 1 sudu minyak sayur untuk menghentikan penyejatan air.

Baca juga: Betulkan Mentaliti, Kerja Rumah ‘Beban’ Bersama & Buatlah JADUAL, Bukan Tugas Isteri Semata 

Baca juga: Punca Tingkap Kereta Berat Rupanya Tak Jaga Getahnya, Itu Yang Rosak ‘Power Window’!

4. Bau terbakar

tanda rumah berbau

Baca juga: freepik

Bau asap atau terbakar sering mencetuskan panik yang tiba-tiba muncul dan memang boleh menjadi tanda masalah.

Bau terbakar yang timbul apabila menyalakan lampu atau peralatan elektrik tertentu perlu berhati-hati. Ia boleh jadi asap elektrik di belakang dinding atau di siling tempat lampu tergantung.

5. Bau hanyir

Bau hanyir boleh muncul tanpa anda perlu membeli makanan laut. Di mana, ia boleh menjadi tanda bahawa peralatan elektrik telah menjadi terlalu panas.

Bau hanyir ini juga boleh berbau seperti aroma plastik cair, getah atau bahan lain di sekeliling peralatan elektrik. Jika diabaikan terlalu lama, ia boleh mencetuskan kebakaran.

6. Bau kencing kucing

Memetik AOL, bau air kencing seperti ammonia tidak selalu datang dari kucing.

Amonia sendiri adalah gas yang tidak berwarna yang digunakan dalam produk pembersih dan mempunyai bau yang menyengat. Mungkin ada beberapa produk pembersih yang bocor.

Selain itu, bau amonia juga boleh menjadi tanda ada haiwan mati di dalam rumah, salah satunya ialah tikus.

7. Bau ‘rumah baru’

Dalam sesetengah kes, bau seperti ini terasa menyenangkan. Walau bagaimanapun, sebahagian besarnya disebabkan oleh bahan kimia organik yang mudah menguap iaitu Volatile Organic Compound (VOC).

Bahan kimia ini boleh datang daripada perabot, cat dan permaidani baharu. VOC boleh menyebabkan pelbagai masalah mulai dari sakit tekak, sakit kepala, hingga kerosakan saraf.

Baca juga: Dah Ganti Baru Tapi Pelik Jam Dinding Selalu Rosak, Rupanya Salah Guna Jenis Bateri!

Sumber: CNN Indonesia

FT Image: ANDREYPOPOV/GETTY IMAGES

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×