Mempunyai kucing sebagai haiwan peliharaan merupakan pilihan yang bijak kerana boleh membantu meneman dan memberi ketenangan kepada tuan. Namun, ketenangan ini boleh musnah begitu sahaja apabila si bulus itu mula kencing dan berak merata-rata dalam rumah! Solusinya adalah dengan DIY spray elak kucing kencing macam di bawah.
Berikut merupakan bahan-bahan dan cara untuk anda buat, kalau nak elak kucing liar datang membuang di sekitar kawasan rumah pun boleh.
Baca juga: DIY Litter Box Najis Kucing Dengan Bajet Hanya RM10, Rumah Tak Bau Busuk!
DIY SPRAY ELAK KUCING KENCING, BERAK MERATA DALAM RUMAH
Di Facebook, seorang wanita dikenali sebagai Ella Ahmad ada berkongsi petua mudah untuk menghalang masalah itu.
“Sis nak share apa yang sis buat supaya kucing-kucing ni tak berak atau kencing merata tempat. Buat sendiri je, fikir logik akal. Jangan risau, simple je,” ujarnya.
Bahan-bahan:
-Cuka makanan
-Pelembut kain (softener)
-Botol penyembur
Cara-cara
1. Masukkan tujuh ke 10 titis cuka makan ke dalam botol penyembur (pada firasat saya, baunya masam dan busuk jadi kucing tak berkenan nak kencing/berak dekat tempat yang disembur cuka tu)
2. Kemudian, masukkan 1/4 penutup pelembut kain ke dalam botol (tak kisah jenama apa sebab nak bagi wangi sikit je, sebab kalau letak cuka saja nanti bau busuk, kalau letak pelembut kain sekali wangi baunya)
3. Jangan lupa, campurkan dengan sedikit air.
4. Goncang botol itu sehingga semua bahan sebati.
5. Semburkan pada tempat kucing anda suka berak atau kencing.
6. Kalau rajin, boleh spray dua kali sehari.
*Boleh semburkan di sekitar kawasan dalam rumah yang sering menjadi tumpuan ‘majikan’ untuk kencing dan berak. Selepas ini hanya akan membuang dalam litter box mereka sahaja!
Baca juga: Elak Si Bulus Cakar & Gigit, Ini Cara Hilangkan Kutu Kucing Guna Teknik ‘Water Trap’
Sumber: Ella Ahmad