Famili

8 Jenis Baka Kucing Termahal Dunia, Harga Hampir Sama Nilai Beli Sebuah Rumah

14
SHARES
baka kucing

Buat peminat kucing atau sering dipanggil ‘si bulus’, proses untuk menjaga mereka tidaklah semudah yang disangka. Oleh kerana rasa sayang yang menebal, ada yang sanggup menghabiskan wang beribu ringgit supaya dapat membeli baka kucing yang diidamkan serta menjaga mereka.

Oleh dengan itu, berikut merupakan antara 8 baka kucing paling mahal dijual di dunia yang peminat kucing perlu tahu. Mungkin dalam senarai ini ada jenis kucing idaman anda?

Baca juga: Tips Nyahkan Bau Kucing Dalam Rumah Guna Rendaman Kulit Kayu Manis

8 BAKA KUCING PALING MAHAL, COMEL!

1.Ashera

baka kucing

Ini merupakan nama baka yang jarang diketahui ramai sekiranya bukan peminat kucing. Baka kucing ini dilaporkan mempunyai harga paling mahal di dunia dengan harga jualan USD125,000 atau kira-kira RM587,760. Ashera adalah baka campuran African Serval, Asian Leopard dan kucing domestik. Beratnya pula boleh mencapai sehingga 14 kilogram.

2. Savannah

baka kucing

Dengar namanya macam pernah dengar dalam filem Hollywood bukan? Kucing ini adalah baka kucing domestik terbesar yang mempunyai kacukan antara baka domestik dan kucing Afrika bertelinga besar. Harganya dilaporkan USD50,000 atau kira RM235,104 seekor. Antara keunikan Savannah adalah corak unik pada bulu dan mempunyai telinga panjang dan ‘capang.’

3. Bengal

Kucing Bengal merupakan antara jenis kucing yang sering dibela oleh orang yang berpendapatan T20. Mempunyai corak unik, baka ini antara yang sering menjadi idaman ramai peminat kucing di negara ini. Ia adalah kacukan kucing domestik termasuk Egyption Mau dengan Asian Leopard Cat. Nama bakanya datang daripada nama taksonomi kucing leopard. Harga jualan bagi seekor Bengal mencecah USD25,000 atau RM117,552.

4. Persian

Memiliki wajah yang bulat, bulu yang panjang serta kelihatan gebu seperti karpet sudah semestinya menjadikan kucing ini antara yang popular untuk peminat kucing. Justeru, bagi baka Persian yang asli dilaporkan berharga USD5,500 atau kira-kira RM25,861 seekor.

5. Peterbald

Jarang dengar nama baka ini bukan? Baka asli kucing ini dilaporkan berharga USD5,000 atau kira-kira RM23,510 seekor. Peterbald adalah kucing baka dari Rusia yang dikatakan mempunyai kebijaksanaan seperti seekor anjing. Peterbald dikatakan mempunyai jangka hayat sehingga 15 tahun juga mempunyai keunikan seakan-akan tidak berbulu dan mempunyai telinga yang agak besar.

6. Sphynx

Bukan sahaja Peterbald tidak berbulu tetapi ada juga baka kucing lain sebegitu. Inilah baka kucing Sphynx, dilaporkan mempunyai harga USD3,000 ke atas atau kira-kira RM14,106 seekor. Berasal dari Toronto, Kanada, kucing ini dilihat begitu unik kerana hampir tidak berbulu dan mempunyai peminatnya tersendiri.

7. Scottish Fold

Scottish Fold sering menjadi antara baka yang mengelirukan dengan British Short Hair. Sesuai dengan hujung namanya iaitu ‘berlipat,’ Scottish Fold boleh dikatakan mempunyai rupa yang amat comel kerana bentuk muka yang bulat, telinga kecil dan seperti terlipat ke bawah.

Scottish Fold yang asli dilaporkan dijual pada harga sehingga USD3,000 atau kira-kira RM14,106 seekor. Kucing ini dilaporkan berasal dari Scotland dan disebabkan itu juga diawal namanya juga sempena negara asalnya.

8. Russian Blue

Namanya sudah cukup untuk kedengaran eksklusif bukan? Harga yang dilaporkan mencecah USD3,000 atau RM14,106 seekor. Memiliki mata hijau, bulu pendek dan wajah kelihatan seperti tersenyum mungkin menyebabkan kucing ini dijual pada harga berkenaan.

*Jadi, buat pencinta kucing semua, yang mana menjadi kucing idaman anda untuk dipelihara?

Baca juga: Tanda-Tanda Kucing Kesayangan Anda Akan Mati, Selamat Tinggal ‘Si Bulus’…

Sumber: Harian Metro

Foto: Reader’s Digest

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×