Famili

Tanda-Tanda Kucing Kesayangan Anda Akan Mati, Selamat Tinggal ‘Si Bulus’…

74
SHARES
tanda kucing nak mati

Buat semua pencinta kucing yang menjaga haiwan peliharaan ini selama bertahun-tahun, sudah pasti akan sedih apabila si comel ini pergi buat selamanya. Oleh itu, penting bagi si tuan untuk mengenal pasti tanda kucing nak mati supaya tidak menyesal apabila telah terlambat.

Untuk anda yang baru sahaja masuk ke ‘dunia kucing’, berikut merupakan tanda yang perlu diperhatikan apabila kucing anda menunjukkan tingkah laku yang berbeza dari normal.

Baca juga: Guna Cara Orang Jepun Jejak Kucing Hilang Dari Rumah, Lagi ‘Power’ Boleh Baca Doa INI!

TANDA KUCING NAK MATI, SEDIHNYA…

tanda kucing nak mati

Foto: Freepik

Tanda-tanda bahawa kucing nak mati boleh termasuk beberapa perubahan TINGKAH LAKU seperti:

1.Perubahan mendadak dalam jadual tidur.
2.Mengunyah yang kerap atau tidak semulajadi.
3.Perubahan dalam tabiat kebersihan.
4.Hilang minat dalam masa bermain atau interaksi manusia.
5.Kecenderungan untuk lebih banyak bersembunyi.
6.Tingkah laku yang lebih agresif.
7.Kelesuan atau pergerakan menurun.

Terdapat juga beberapa TANDA FIZIKAL kucing yang akan mati termasuk:

1.Penurunan berat badan secara tiba-tiba dan tidak dapat dijelaskan.
2.Kekeliruan.
3.Perubahan dalam corak pernafasan.
4.Kurang selera makan.
5.Kedutan otot.
6.Muntah atau inkontinensia.
7.Nampak murung atau tidak bermaya.
8.Air kencing berwarna teh.

Walaupun secara amnya kucing suka menyembunyikan kesakitan mereka, beberapa tanda ini juga boleh menunjukkan bahawa mereka berasa tidak selesa, termasuk bersembunyi di bawah meja dan katil serta kurang minat untuk ‘grooming’ badan mereka.

1.Peringkat Awal

Tanda-tanda pertama kucing akan mati termasuk kelesuan, kurang selera makan, kot yang tidak kemas, dan kurang kekerapan membuang air kecil dan besar. Sesak nafas, kehilangan jisim otot, dan kurang ‘alert’ juga boleh berlaku semasa peringkat awal. Sesetengah kucing mungkin berasa terlalu menyakitkan dan letih untuk memanjat masuk ke dalam ‘litter box’ mereka.

2.Peringkat Akhir

Menjelang akhir hayat mereka, beberapa gejala ini akan menjadi lebih teruk. Seekor kucing akan berhenti makan dan minum sepenuhnya dan menghentikan semua aktiviti dandanan iaitu membersihkan diri mereka. Hal ini disebabkan oleh kekurangan oksigen dalam darah mereka malah kucing juga mungkin menunjukkan tanda-tanda resah dan tercungap-cungap.

tanda kucing nak mati

Foto: Freepik

*Jadi buat semua pencinta kucing, mengetahui tanda-tanda bahawa kucing akan mati boleh membantu si bulus pergi dengan selesa dan bermaruah. Pastikan untuk tidak mengabaikan gejala tingkah laku seperti kurang selera makan, perubahan dalam tabiat kebersihan, atau kerap menguap.

Penjagaan tambahan ini boleh membantu kucing anda berasa disayangi pada hari-hari terakhir mereka.

Baca juga: Campur 2 Bahan Ini Untuk Halau Kucing Liar, Babi Hutan Masuk & Berak Di Kawasan Rumah

Sumber: Cuddle Clones, Tiktok @PawmisedLand

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×