Famili

#ProjekMimpi: Setiap Hari Bagi 50 Ekor Kucing Jalanan Makanan, Wanita Ini Ada ‘Hajat’ Besar

51
SHARES
makanan kucing

Siapa sahaja yang tidak ‘cair’ apabila melihat kecomelan haiwan bernama kucing ini bukan? Malah, kucing juga merupakan haiwan yang disayangi oleh Nabi Muhammad SAW dan kita turut mendapat ganjaran pahala apabila menyediakan makanan kucing khususnya kepada kucing jalanan.

Seperti apa yang dilakukan oleh seorang wanita yang berhati mulia bernama Noor Khairul Bariyah Noor Zihad, 33, berasal dari Kepala Batas,Pulau Pinang ini. Dia merupakan salah seorang 10 finalis sempena Projek Mimpi yang dianjurkan oleh team Sirap Limau dengan hajat besar iaitu ingin membantu kucing-kucing jalanan.

Baca juga: Campur 2 Bahan Ini Untuk Halau Kucing Liar, Babi Hutan Masuk & Berak Di Kawasan Rumah

IMPIAN SEDIAKAN DANA MAKANAN KUCING DAN RAWAT KUCING TERBIAR

makanan kucing

Bersama kucing OKU yang dipeliharanya.

Projek Mimpi yang dikongsikan olehnya mendapat perhatian kami apabila Puan Khairul ingin menyediakan dana makanan serta perubatan untuk kucing-kucing jalanan. Bermulanya hasrat ingin membantu kucing jalanan ini adalah apabila dia terjumpa 3 ekor anak kucing yang ditinggalkan ibu di belakang rumah.

Malah, bila selalu terjumpa kucing sakit dan kelaparan di mana-mana sahaja dia pergi, terus terdetik untuk mengajak ahli keluarga dan suami untuk menyantuni kucing-kucing jalanan dengan memberi makan. Bukan itu sahaja, apa yang lebih murni adalah dia juga mengambil kucing yang sakit dibawa balik untuk diberikan rawatan dan memandulkan@mengembirikan kucing mengikut bajet yang ada.

Aktiviti menyantuni kucing yang telah dilakukan sejak tahun 2021 ini juga telah dimulakan sejak sebelum itu lagi apabila dia selalu akan membawa makanan kucing setiap masa sama ada di dalam beg atau di dalam kereta. Apabila terjumpa kucing yang kelaparan, pasti akan diberi makanan.

Apabila ditanya mengenai aktiviti memberi makanan ini, adakah banyak bilangan kucing yang dijumpai setiap hari? Puan Khairul memberitahu bahawa, purata setiap kali beri makan adalah sekitar 50 ekor ke atas terutamanya di kawasan pasar awam. Antara lokasi yang selalu pergi adalah di Pasar Awam, hentian bas, hadapan sekolah dan rumah-rumah kedai di sekitar kawasan Kepala Batas, Pulau Pinang.

makanan kucing

SEMUA BENDA PERLUKAN KOS..

makanan kucing

Ternyata, semua barang memerlukan kos wang ringgit termasuk juga makanan kucing yang diberikan setiap hari. Jadi, jika terpilih sebagai pemenang Projek Mimpi anjuran Sirap Limau yang bakal memenangi RM 5,000, Puan Khairul berhasrat untuk membeli stok makanan kucing kering dan basah, sangkar kucing, ubat-ubatan seperti ubat cacing, kutu, kurap dan tambah kos untuk mandulkan kucing sakit yang dibawa balik untuk dirawat.

Sebagai pencinta kucing, seringkali hati ini sakit melihat ramai dalam kalangan kita yang hanya menyayangi kucing ketika masih elok dan comel sahaja. Apabila kucing tersebut buruk dan sakit, dibuang pula mereka ke pasar-pasar atau dibiarkan mati begitu sahaja.

Jadi sebagai salah seorang pembekal dana makanan kepada kucing yang tidak mempunyai tuan, Puan Khairul turut menitipkan nasihat kepada orang ramai agar jangan memandang kucing ketika masih comel dan sihat sahaja, mereka juga makhluk yang layak disayangi ketika lemah/sakit.

*’Adopt cat, don’t shop‘.

Baca juga: DIY Perangkap Lipas Guna Campuran 2 Bahan Ini, Boleh Letak Dalam Rumah & Kereta

-Artikel ini adalah hasil dari temu bual bersama finalis Projek Mimpi anjuran Sirap Limau.-

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×