Rakyat

Kucing Jiran Berak Merata, Pemilik Kucing Boleh Didenda RM1000!

1.3K
SHARES

Selain kotor, bau kuat yang terhasil menyebabkan rasa kurang selesa di kalangan penghuninya. Tidak dinafikan ada yang menyatakan serba salah apabila teguran diberikan tidak diambil cakna para pemiliknya dalam menguruskan najis haiwan peliharaan mereka. Malah ia terus berulang menyebabkan kehidupan seharian terganggu.

Rupa-rupanya ramai yang tidak tahu bahawa perbuatan ini akan mengundang masalah dalam hidup anda apabila anda boleh disaman oleh pihak berkuasa! Boleh didenda sehingga RM1000 tau!

Baca juga: [VIDEO] Si Ayah Guna Kucing Jadi ‘Model’, Tunjuk Cara Mandikan Bayi Kepada Anak. Comel!

KUCING JIRAN BERAK MERATA, PEMILIK KUCING BOLEH KENA DENDA

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam hantaran di laman sosial rasmi Facebook memaklumkan perbuatan itu dianggap sebagai ‘satu kacau ganggu.’

PPIM turut menjelaskan dengan terperinci undang-undang yang melibatkan kesalahan bagi pemilik kucing yang berbuat demikian.

“Dalam Akta 171 Akta Kerajaan Tempatan 1976, Seksyen 80 menyebut, sekiranya pihak berkuasa tempatan mendapati terdapat gangguan di kawasan awam atau kawasan persendirian, maka mereka boleh menghapuskan, menghentikan kacau ganggu ini dengan menghantar notis, mengambil tindakan undang-undang serta ganti rugi.

“Dalam Seksyen 81 akta sama pula menyebut apa-apa binatang yang disimpan di sesuatu tempat atau dengan sesuatu cara atau dengan sebegitu besar bilangannya sehingga menjadi satu kacau ganggu,” katanya.

Oleh itu, menurutnya seseorang berhak untuk melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan jika merasakan haiwan yang dibela jirannya telah mengganggu kententeraman.

Hukuman denda yang dikenakan boleh mencecah sehingga RM1,000.

Sumber: PPIM

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×