Famili

[VIDEO] Si Ayah Guna Kucing Jadi ‘Model’ Tunjuk Cara Mandikan Bayi Kepada Anak, Comel!

187
SHARES

Ternyata, bukan mudah untuk mandikan bayi bukan? Bukan sahaja ibu bapa yang sudah terbiasa menganggap aktiviti ini bukan mudah, apatah lagi buat ibu bapa yang masih baru dengan bayi. Kalau tersilap langkah boleh undang bahaya!

Jadi, salah satu cara untuk membiasakan diri dengan aktiviti memandikan anak adalah dengan berlatih terlebih dahulu. Paling menarik adalah, jika anda mempunyai kucing peliharaan di rumah, itu mungkin boleh dijadikan ‘model’ terbaik untuk berlatih mandikan bayi. Boleh cuba!

GUNA KUCING JADI MODEL NAK TUNJUK CARA MANDIKAN BAYI

Macam-macam cara yang anda boleh gunakan untuk mendemonstrasikan cara memandikan bayi. Paling kreatif sekali adalah seorang lelaki dan juga ayah dari Vietnam ini menggunakan kucing peliharaannya sebagai model demonstrasi tersebut. Dia menggunakan cara tersebut untuk mengajar anaknya yang bakal menimang cahaya mata dan dia juga akan menjadi seorang datuk. Comel!

Video yang meraih sebanyak 17 ribu perkongsian di laman Facebook ini memukau orang ramai bukan sahaja dari kelembutan teknik yang ditunjukkan oleh si ayah ini, malah telatah kucing peliharaan itu juga. Mana tidaknya, kucing tersebut hanya ikut sahaja apa yang dilakukan oleh tuannya tanpa lari. Bila dibaringkan, ikut sahaja telatahnya.

Bukan itu sahaja, ayah ini juga menerangkan cara-cara yang betul dari sebelum mandi, ketika mandi sehinggalah selesai proses mandikan bayi. Siap dibalut dan diselimutkan kucing tersebut seolah-olah bayi yang sebenar!

Buat anda yang membiasakan diri mandikan bayi khususnya untuk ibu bapa yang baru pertama kali bakal menimang cahaya, boleh juga guna cara ini ya!

Sumber: Vinh Quang Phạm

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×