DIY & Kraf

DIY Perangkap Lipas Guna Campuran 2 Bahan Ini, Boleh Letak Dalam Rumah & Kereta

1.6K
SHARES
perangkap lipas

Lipas merupakan salah satu jenis makhluk perosak yang sangat digeruni ramai tidak kira lelaki atau perempuan. Tambah pula kalau kawasan rumah tidak dibersihkan selalu, pasti akan banyak lipas berkampung dan kita kena cari jalan untuk perangkap lipas ini dengan cepat.

Sudah beberapa jenis racun perosak serangga telah dicuba namun hasilnya tetap sama. Jadi, ada perkongsian oleh Iza Abu Bakar yang telah mengamalkan cara menggunakan dua bahan ini sejak bertahun lamanya. Boleh cuba!

Baca juga: Tips Paling Senang Nak Tanggalkan Cebisan Tisu Yang Melekat Pada Baju Dalam Mesin Basuh

CARA PERANGKAP LIPAS GUNA CAMPURAN 2 BAHAN INI

perangkap lipas

BAHAN BAHAN :

* 1 sudu makan gula
* 1 sudu makan baking soda

CARA CARANYA :

1. Campurkan baking soda dan gula dalam satu bekas. Kacau biar sebati.

2. Letakkan bekas tersebut di tempat yang gelap.

3.Boleh juga taburkan campuran bahan ini di atas laluan lipas di dalam atau di luar rumah.

NOTA PETUA : Gula akan menarik minat lipas untuk makan dan baking soda ni akan membunuh lipas secara senyap.

perangkap lipas

*Jadi buat anda yang dah stres asyik rosak sahaja makanan kerana digigit lipas, boleh cuba cara ini!

Baca juga: DIY Racun Serangga/Spray Serbaguna Di Rumah, Sekali ‘Sembur’ Dah Mati!

Sumber:: Petua Cantik & Sihat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×