Lipas merupakan serangga yang sering muncul di rumah terutamanya di kawasan dapur, bilik air, dan tempat yang gelap serta lembap. Bagi mengelakkan anda stres, boleh cuba tips halau lipas seperti perkongsian di bawah ini.
Lipas bukan sahaja menggelikan tetapi juga boleh mengancam kesihatan. Jadi, tips halau lipas seperti yang dikongsikan amat diperlukan agar keadaan di rumah kekal bersih.
Baca juga: Cara Bersihkan Papan Pemotong Kayu Yang Makin ‘Berdaki’, Sental Guna Bahan Ini!
TIPS HALAU LIPAS DI RUMAH GUNA MINYAK MASAK TERPAKAI
Berikut adalah tips halau lipas dengan mudah agar rumah kekal bersih dan bebas daripada gangguan serangga ini.
Tips halau lipas ini hanya menggunakan 1 bahan utama sahaja iaitu minyak masak terpakai.
Caranya mudah sahaja:
– Tuangkan minyak masak terpakai ke dalam bekas.
– Kemudian, letakkan bekas tersebut di kawasan yang banyak dengan lipas.
– Biarkan beberapa hari dan hasilnya pasti anda akan terkejut.
– Minyak tersebut sudah dipenuhi dengan lipas dan anda boleh membuangnya.
– Ulang langkah ini untuk beberapa kali agar lipas tersebut dapat ‘hilang’ sepenuhnya.
Mudah sahaja kan? Tips halau lipas ini boleh dicuba sentiasa agar lipas di rumah tidak ‘berkampung’.
Selamat mencuba dan semoga artikel perkongsian mengenain tips halau lipas ini dapat memberi manfaat kepada pembaca SirapLimau.
Baca juga: Cara Kilatkan Barang Kemas Guna Air Serbuk Teh, Puas Hati Tengok Warna Tak Kusam!
Sumber: Instagram Melizah