Dapur

TAK BOLEH Simpan Nasi Lebih 24 Jam Dalam Peti Ais, Hati-Hati Kalau Selalu Buat!

4
SHARES
nasi dalam peti ais

Sudah menjadi kebiasaan, setiap kali ada nasi lebihan semalam, pasti anda akan menyimpannya di dalam peti sejuk. Namun, ada yang mengatakan bahawa simpan nasi dalam peti ais tidak boleh melebihi 24 jam. Betul ke?

Sekiranya anda masih ingin simpan nasi dalam peti ais melebihi waktu tersebut, ketahui cara betul penyimpanannya seperti dikongsikan di bawah ini.

Baca juga: 9 Buah Paling RARE Di Malaysia, Nampak Pelik Tapi Sedap Rupanya!

SIMPAN NASI DALAM PETI AIS TAK BOLEH LEBIH 24 JAM, BETUL KE?

NASI DALAM PETI AIS

Lebihan nasi perlu disimpan pada suhu 5 darjah Celcius atau kurang dan ia tidak boleh dibiarkan melebihi 24 jam di dalam peti ais. Jika anda ingin makan nasi lebihan tersebut, pastikan memanaskannya semula namun tidak boleh lebih daripada sekali.

Simpan nasi dalam peti ais dengan cara yang betul amat penting. Hal ini kerana penyimpanan yang salah boleh menyebabkan nasi anda mengandungi spora Bacillus cereus.

Bakteria ini boleh hidup walaupun selepas nasi dimasak dan tumbuh dengan cepat jika dibiarkan pada suhu bilik terlalu lama. Jika nasi yang dimasak lalu disejukkan, kelembapan dan air boleh mewujudkan persekitaran yang menyokong kepada pertumbuhan bakteria tersebut.

Keracunan makanan daripada nasi sering dirujuk sebagai sindrom nasi goreng. Bakteria pada nasi ini boleh membentuk spora yang membebaskan toksin berbahaya.

Buat anda yang tidak tahu, semua jenis beras di pasaran ada mengandungi spora bakteria dan kulat. Kedua-duanya boleh menyebabkan gangguan pencernaan sehingga membuatkan anda muntah, cirit-birit, dan juga kerosakan hati.

Kesimpulannya, jika anda simpan nasi dalam peti ais, pastikan suhu tersebut bersesuaian agar tidak berlaku keracunan makanan.

Semoga artikel ini memberi manfaat buat anda semua.

Baca juga: Jangan Simpan Makanan Dalam Peti Ais Sampai Lebih Waktu Ini, Nanti Tak Sedap!

Sumber: Detik Food

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×