Malaysia adalah negara yang kaya dengan pelbagai jenis buah-buahan tropika. Selain durian, rambutan, dan lain-lain, terdapat juga beberapa jenis buah rare di Malaysia tetapi memilik rasa yang sedap.
Buah rare ini biasanya hanya ditemui di kawasan pedalaman atau kampung dan agak sukar sekiranya dicari di sekitar bandar. Ikuti perkongsian penuh di bawah.
Baca juga: Jangan Simpan Makanan Dalam Peti Ais Sampai Lebih Waktu Ini, Nanti Tak Sedap!
9 BUAH RARE DI MALAYSIA, JARANG JUMPA TAPI SEDAP
1. Buah keriang
Buah keriang atau juga dikenali sebagai keriang dot dan kerian di sesetengah tempat merupakan sejenis buah hutan liar yang berwarna ungu kehitaman apabila masak.
Ciri buah keriang adalah bersaiz kecil, berbentuk bulat dan sedikit bujur seperti anggur mini. Memilik rasa manis, sedikit masam dan boleh dimakan terus tanpa dimasak. Buah keriang yang masak sepenuhnya mempunyai warna ungu pekat kehitaman manakala buah muda berwarna hijau ungu muda.
2. Buah Pelik – Buah mertajam
Pokok buah mertajam ini biasanya ditemui di hutan-hutan tropika di Asia Tenggara, termasuk di Malaysia. Ciri-cirinya adalah berbentuk bujur kecil dan biasanya tumbuh dalam kelompok.
Apabila masak, buahnya berwarna hijau kekuningan dan bertukar menjadi coklat apabila kering. Biasanya pokok mertajam digunakan dalam perubatan tradisional kerna bersifat anti-radang.
3. Buah keranji
Buah rare atau jarang jumpa seterusnya adalah buah keranji. Bentuk buah keranji bulat atau bujur dan bersaiz kecil. Kulitnya agak keras dan berwarna hitam atau coklat tua apabila masak.
Isi buah keranji berwarna kuning atau coklat kekuningan, dengan tekstur yang kering dan sedikit berserabut. Rasanya manis-masam, sedikit seakan-akan asam jawa.
Buah keranji boleh dimakan terus sebagai kudapan, terutamanya oleh masyarakat tempatan. Kulit luar yang keras perlu dipecahkan dibuang terlebih dahulu mendapatkan isi di bahagian dalam.
4. Buah cermai merah
Buah rare selanjutnya adalah buah cermai merah. Berbentuk bulat kecil seperti anggur mini. Buah cermai mempunyai rasa masam dan sedikit pahit.
Buah ini jarang dimakan secara segar dan lebih digunakan dalam masakan sebagai pengganti asam jawa. Buah cermai merah kaya dengan vitamin C dan mampu meningkatkan sistem imunisasi badan.
5. Buah nam nam
Buah nam nam antara buah rare atau jarang dijumpa di Malaysia ini turut dikenali sebagai buah katak puru atau Cynometra cauliflora.
Buah nam nam berbentuk tidak sekata dan menyerupai bentuk buah badam. Buah berwarna hijau ini akan berubah menjadi coklat kekuningan atau coklat tua apabila sudah masak.
Rasa buah nam nam mempunyai adalah masam manis dan boleh dinikmati secara terus atau dijadikan jeruk. Buah nam nam jarang ditemui di pasar tetapi sesetengah pekebun kampung ada menanamnya.
6. Buah rare – Buah asam renda
Buah asam renda ialah sejenis buah tropika yang kurang dikenali tetapi popular di kalangan masyarakat tempatan. Buah asam renda berbentuk bulat kecil, menyerupai bentuk buah manggis tetapi lebih kecil.
Warna buah ini berwarna merah ketika muda dan berubah menjadi ungu kehitaman apabila masak sepenuhnya. Buah asam renda mempunyai rasa masam yang tajam asam keping atau asam jawa.
Oleh kerana rasa masamnya yang kuat, ia jarang dimakan segar dan lebih sering digunakan dalam masakan.
7. Buah rokam
Buah rokam juga dikategorikan sebagai buah rare di Malaysia. Walaupun tidak sepopular buah-buahan lain, buah rokam digemari masyarakat tempatan kerana rasanya yang unik.
Buah rokam berbentuk bulat kecil menyerupai bentuk ceri kecil atau buah anggur. Buah rokam boleh mempunyai rasa yang pelbagai, dari manis hingga masam, bergantung pada tahap kematangan buah tersebut.
8. Buah seralat
Buah seralat, juga dikenali sebagai buah salat atau salat gajah di beberapa tempat, berasal dari pokok dengan nama saintifik Dillenia reticulata.
Buah rare ini bersaiz sederhana besar, berbentuk bulat dan sedikit lonjong. Kulitnya tebal serta bersisik kasar, menjadikan buah ini mudah dikenali.
Rasa buah seralat biasanya adalah masam dan sedikit kelat dan ia sesuai dicampurkan dalam masakan seperti asam pedas dan lain-lain.
9. Buah jentik-jentik
Buah rare yang terakhir sekali adalah buah jentik-jentik yang berbentuk bulat kecil menyerupai saiz anggur atau buah rambai.
Warna buah ini ada;ah kuning kehijauan atau oren muda apabila sudah masak. Kulitnya agak keras dan tebal, namun mudah dikupas dengan cara dijentik.
Rasa buah jentik-jentik adalah manis-masam dan sesuai dimakan segar sebagai kudapan kerana rasanya yang menyegarkan.
Itu sahaja 9 buah rare di Malaysia tetapi memilik rasa yang sedap dan patut dicuba!
Baca juga: 7 Buah Mahal Dari Jepun, Sebiji Boleh Cecah RM15,000. Memang WOW!
Sumber: Cari