Perkongsian resepi kali ini sedikit berbeza iaitu buah sawit sira yang menjadi kegemaran dalam kalangan penduduk di FELDA seperti dinyatakan oleh Ayu Hidayu. Walaupun kedengaran agak pelik, namun rasanya sungguh sedap dan unik.
Buah sawit sira ini mempunyai rasa yang seakan-akan seperti kuih keria gula Melaka. Jika anda ingin mencuba membuat sendiri di rumah, ikuti resepi di bawah ini.
Baca juga: 5 Jenis Koleksi Resepi Kek Paling Senang, Pertama Kali Cuba Pun Mesti Menjadi Elok!
BUAH SAWIT SIRA, KUDAP-KUDAP KEGEMARAN RAMAI
Balik kampung cuti sekolah, cucu minta tok dan nenek buatkan sira biji kelapa sawit. Anak-anak FELDA biasanya memang suka dengan menu kudap-kudap ini.
Nak buat pun mudah sahaja. Jom cuba!
Bahan-bahan:
- Buah sawit
- Gula pasir/gula merah
Cara-cara penyediaan:
1. Rebus, grill atau bakar biji kelapa sawit sehingga masak.
2. Kemudian, cairkan gula pasir, gula merah atau gula melaka.
3. Setelah itu, masukkan buah kelapa sawit dan sira seperti biasa.
Cara makan buah kepala sawit sira adalah anda perlu kemam atau kunyah sahaja sehingga serat hilang rasa makan. Serat dan bijinya jangan dimakan ya.
Khasiat biji kelapa sawit
Antara khasiat makan buah kelapa sawit adalah:
- Meningatkan kesihatan jantung
- Mencegah masalah kekurangan vitamin A
- Otak sihat
- Tingkatkan imunisasi badan
Resepi buah sawit sira ini jarang dijual di kedai dan anda boleh cuba membuat sendiri di rumah sekiranya teringin.
Semoga artikel ini memberi manfaat dan selamat mencuba!
Baca juga: Resepi Ayam Masak Kurma Terlajak Sedap, Pekat Berlemak Baru Puas Makan!
Sumber: Facebook Ayu Hidayu