Sihat

Petua Buang Toksin Dalam Badan Guna 1 Bahan Je, Confirm Segar & Puas Hati!

2
SHARES
BUANG TOKSIN DALAM BADAN

‘Racun’ di dalam badan semakin terkumpul akibat pendedahan kepada pelbagai benda. Sekiranya dibiarkan, ia boleh mengakibatkan anda kurang selesa kerana sudah melemahkan sistem imunisasi badan. Jadi, antara jalan penyelesaiannya adalah dengan mencuba cara buang toksin dalam badan seperti perkongsian di bawah.

Cara ini tidak memerlukan bahan yang banyak dan sudah tentunya menjimatkan wang. Selepas mencubanya, pasti tubuh lebih segar!

Baca juga: Tak Sangka Rupanya Buah Mata Kucing Boleh Cantikkan Kulit, Patutlah Ramai Yang Suka!

CARA BUANG TOKSIN DALAM BADAN PALING BERKESAN

BUANG TOKSIN DALAM BADAN

Petua yang paling mudah untuk buang toksin dalam badan. InsyaAllah berkesan tetapi anda kena konsisten melakukannya.

Caranya anda cuma perlu mandi air daun limau purut untuk detox. Senang sangat nak buat dan kosnya juga murah. Jom cuba.

Cara penyediaan:

1. Ambil beberapa helai daun limau purut dan dihiris halus.

2. Kemudian, sediakan 5 biji buah limau purut dan dipotong empat.

3. Ramas daun limau purut dan perah buah limau untuk mengeluarkan jusnya.

4. Seterusnya gunakan air tadi sebagai bilasan terakhir ketika mandi.

5. Ratakan seluruh badan terutama bahagian kepala dan rambut.

InsyaAllah dengan izinNya, air mandian ini akan buang toksin yang terkumpul di dalam badan anda. Bukan hanya kekal segar sahaja, bau juga wangi.

Mudah sahaja kan? Boleh amalkan setiap hari.

Antara kelebihan lain mandi air limau adalah:

  • Bertindak sebagai anti penuaan
  • Mencerahkan kulit
  • Kurangkan bau badan
  • Merawat masalah kelemumur
  • Menghilangkan sakit badan
  • Merawat demam

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda semua.

Baca juga: Elak 8 Makanan Ini Sebelum Makan Ubat, Kalau Buat Ubat Itu Jadi Tak Berkesan!

Sumber: Facebook Leha Yusuf

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×