Masih ramai lagi dalam kalangan kita yang belum tahu mengenai khasiat buah mata kucing. Buah ini bukan sahaja enak tetapi ada 1001 khasiat untuk kesihatan tubuh.
Antaranya adalah boleh mencantikkan kulit. Siapa sangka, buah sekecil itu boleh melambatkan proses penuaan. Memang wow dan rugi kalau tak amalkan!
Baca juga: Doktor Kongsi Rahsia Miliki Badan Bertenaga & Sihat Sampai Tua, Rugi Kalau Tak Ikut!
KHASIAT BUAH MATA KUCING, RUGI KALAU TAK MAKAN
1. Melawaskan kencing
Khasiat buah mata kucing yang masih ramai belum tahu adalah boleh melawaskan kencing. Caranya adalah anda perlu merebus akar pokok mata kucing dan minum airnya.
2. Merawat luka
Seterusnya, kulit buah mata kucing mampu merawat kulit terbakar. Caranya adalah tumbuk halus kulit buah mata kucing dan campurkan dengan sedikit minyak zaitun atau gamat. Kemudian, sapu di bahagian kulit yang terbakar.
3. Mencantikkan kulit
Pelbagai vitamin yang ada di dalam buah mata kucing boleh memberi manfaat kepada kulit wajah seperti anti penuaan. Selain itu, ia juga boleh mencerahkan kulit.
4. Rawat insomnia
Insomnia adalah ketidakupayaan untuk tidur yang disebabkan oleh terlalu berfikir dan anxiety. Jika anda mengalami masalah itu, boleh cuba makan buah mata kucing.
5. Tingkatkan selera makan
Khasiat buah mata kucing yang selanjutnya adalah boleh menambah selera makan. Jika anda tidak mempunyai selera dan kurang sihat, cuba amalkan makan buah mata kucing untuk meningkatkan selera.
6. Baik untuk ibu hamil
Ibu hamil sudah tentunya akan berasa kurang bertenaga dan lemah. Hal ini berlaku disebabkan perubahan hormon. Jadi, bagi memastikan ibu kekal kuat, amalkan makan buah mata kucing setiap malam.
7. Menyihatkan usus
Buah mata kucing kaya dengan serat dan air yang dapat membersihkan usus. Usus anda akan lebih sihat kerana proses penyerapan makanan menjadi lebih berkesan.
Resepi air buah mata kucing
Bahan-bahan:
- 1 cawan isi buah mata kucing
- 4 cawan air
- Gula batu/gula merah secukupnya
- Daun pandan
Cara penyediaan:
1. Masukkan air ke dalam periuk dan buka api kecil.
2. Kemudian, campurkan dengan buah mata kucing yang sudah dikupas dan dibuang biji.
3. Masukkan gula batu atau gula merah secukupnya.
4. Kacau dan biarkan gula larut.
5. Setelah larut dan masak sepenuhnya, sedia untuk dihidangkan.
Nak lebih sedap boleh minum ketika sejuk.
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!
Baca juga: Tanpa Sedar Rupanya 10 Makanan Ini Punca Perut Masuk Angin & Kembung. Adoi Tak Selesanya!
Sumber: Kelab Mama