Perut berangin berpunca daripada beberapa jenis makanan dan minuman yang diamalkan setiap hari. Keadaan ini sudah tentunya akan menyebabkan anda tidak selesa sehingga terpaksa menangguh kerja-kerja yang ada.
Jadi, bagi mengelakkan masalah perut berangin dan kembung berlaku lagi, anda perlu berjaga-jaga apabila makan 10 jenis makanan seperti senarai di bawah ini.
Baca juga: Rugi Tak Buat Senaman Angkat Kaki Ke Dinding Ini, Paling Mudah & Banyak Manfaat
PERUT BERANGIN SEBAB MAKAN 10 JENIS MAKANAN INI
1. Makanan berproses
Makan berproses sudah tentunya sedap namun sebenarnya ia boleh menyebabkan perut berangin kerana gandungan fruktosa dan laktosa yang tinggi.
2. Gula-gula getah
Gula-gula getah atau chewing gas boleh menyebabkan perut berangin. Hal ini kerana gula-gula getah terlalu banyak gula yang sukar dihadam seperti sorbitol, manitol dan xylitol.
Kurangkan makan chewing gum kerana ia boleh membuatkan anda sendawa secara kerap.
3. Bawang besar
Bawang mengandungi gula semula jadi yang dipanggil fruktosa. Seperti rafinosa dan sorbitol, fruktosa menyumbang kepada gas apabila bakteria dalam usus memecahkannya.
4. Gula-gula
Seperti minuman berkarbonat, menghisap gula-gula yang keras boleh menyebabkan anda menelan udara tambahan. Rata-rata gula-gula juga menggunakan sorbitol sebagai pemanis. Kedua-dua faktor ini boleh menyumbang kepada gas dan punca perut berangin.
5. Buah-buahan
Makanan punca perut berangin yang selanjutnya adalah buah-buahan seperti pear, pisang dan epal. Buah-buahan ini mengandungi sorbitol gula asli atau serat asli yang boleh mencetuskan pengeluaran gas berlebihan dalam badan.
Namun begitu, anda tetap dinasihatkan untuk mengambil buah dalam kuantiti yang disyorkan untuk membantu meningkatkan imuniti badan.
6. Sayur-sayuran Cruciferous
Sayur-sayuran jenis cruciferous seperti brokoli, kubis dan asparagus boleh menghasilkan gas berlebihan. Sayuran ini mengandungi serat dan rafinosa yang boleh menjejaskan pengeluaran gas dalam pencernaan.
Walaupun ia boleh meningkatkan pengeluaran gas dalam penghadaman, sayur ini diklasifikasikan sebagai makanan berserat tinggi dan boleh makan dalam kuantiti yang disyorkan.
7. Kekacang
Makanan punca perut berangin yang seterusnya adalah kekacang. Kacang mengandungi banyak rafinosa, iaitu gula kompleks yang sukar dihadam oleh tubuh. Raffinose melalui usus kecil ke dalam usus besar di mana bakteria memecahkannya, menghasilkan hidrogen, karbon dioksida, dan gas metana, yang keluar melalui rektum.
8. Produk tenusu
Laktosa adalah gula yang terdapat dalam susu dan kebanyakan produk tenusu seperti keju. Sekiranya anda mengalami masalah sukar membuang angin besar dan sakit perut selepas makan atau minum produk tenusu, itu adalah tanda gejala intoleransi laktosa.
9. Bijirin penuh
Bijirin penuh seperti gandum dan oat mengandungi serat, rafinosa, dan kanji. Semua ini dipecahkan oleh bakteria dalam usus besar, yang menjadi punca perut berangin.
10. Cendawan
Terdapat beberapa jenis cendawan yang selamat dan baik untuk dimakan antaranya cendawan tiram, cendawan telinga, cendawan straw dan cendawan butang. Cendawan ini mengandungi gula semula jadi yang cenderung sukar untuk dihadamkan oleh usus kecil.
Disebabkan ini, kandungan gula semula jadi cendawan akan masuk ke dalam usus besar dan diproses oleh bakteria, mengakibatkan gas berlebihan.
Namun, pengambilan cendawan ini masih dianggap selamat dan baik untuk kesihatan badan asalkan tidak berlebihan.
Jadi, elakkan 10 makanan ini jika anda tidak mahu mengalami masalah perut berangin.
Baca juga: 2 Bahan Ini Boleh Hilangkan Gastrik, Paling Senang Nak Cari & InsyaAllah Berkesan!
Sumber: Healthline