Khasiat buah salak untuk ibu hamil sebenarnya banyak tetapi masih ramai lagi dalam kalangan kita yang belum tahu. Hal ini kerana rata-rata berpendapat bahawa buah ini boleh menjadi punca sembelit.
Ibu-ibu jangan risau, makan buah salak ketika mengandung boleh memberi banyak manfaat kepada bayi dan diri anda. Ikuti penjelasan lanjut di bawah.
Baca juga: Saranan Snek Sihat Untuk Ibu Mengandung Makan Mengikut Setiap Trimester
11 KHASIAT BUAH SALAK UNTUK IBU MENGANDUNG
Buah salak mengandungi:
- Protein
- Potasium
- Kalsium
- Serat
- Zat besi
- Fosforus
- Vitamin A
- Vitamin C
Khasiat yang lain adalah:
1. Kawal gula dalam darah
Khasiat buah salak yang pertama adalah boleh membantu mengawal gula dalam darah. Jika bacaan gula ibu terlalu tinggi ketika hamil, boleh amalkan makan buah salak dalam kuantiti yang disarankan. Jangan berlebihan ya!
2. Tingkatkan daya ingatan
Jika ibu sering terlupa sesuatu perkara, dinasihatkan untuk makan buah salak ketika mengandung kerana ia boleh membantu meningkatkan daya ingatan.
3. Jaga kesihatan hati
Kesihatan hati boleh dijamin dengan memakan buah salak kerana buah ini mengandungi kandungan mineral yang tinggi.
4. Jamin kesihatan jantung
Kalium yang terkandung di dalam buah salak boleh membantu kesihatan jantung selain mencegah obesiti.
5. Halang penyakit lain
Siapa sangka buah salak ternyata boleh menghalang mommy dari risiko pelbagai penyakit. Ini kerana kandungan anti oksidan di dalam buah tersebut sangat tinggi.
Batuk, selesema, demam atau penyakit lain juga tidak mudah menyerang jika mengamalkan makan buah salak.
6. Tingkatkan perkembangan janin
Khasiat buah salak selanjutnya adalah boleh membantu meningkatkan perkembangan janin. Buah ini mengandungi pektin iaitu komponen penting dalam pembentukan kecerdasan, ingatan dan perkembangan otak pada janin.
7. Lancar buang air besar
Selalu orang cakap buah salak ini punca sembelit. Sebenarnya salah! Jika dimakan dengan kuantiti yang betul, manfaat buah salak adalah boleh dijadikan ‘ubat’ untuk membuang air besar.
Salak mengandungi serat yang sangat baik untuk kesihatan tubuh badan. Namun, untuk mendapatkan khasiat ini, jangan buang kulit nipis pada buah salak tersebut.
8. Menjaga kesihatan mata janin
Kandungi beta-karotena di dalam buah salak boleh memberi manfaat kepada proses pembentukan mata janin. Selain itu, ia juga berfungsi untuk mencegah jangkitan pada mata bayi dalam kandungan.
Ingat ya mommy, dalam kandungan pun mata janin masih berisiko untuk mendapat jangkitan sehingga merosakkan retina atau kanta mata.
9. Bantu proses pembentukan tulang
Kebaikan buah salak bukan hanya untuk ibu sahaja, malah bayi dalam kandungan juga akan mendapat khasiatnya. Buah salak boleh mengandungi kalsium baik di mana ia boleh membantu pembentukan tulang janin.
Sekiranya ibu tidak cukup kalsium, pembentukan bayi dalam kandungan boleh terganggu dan membuatkan gigi serta tulang ibu rapuh.
10. Kurang risko anemia
Sekiranya ibu mengalami kekurangan zat besi ketika hamil, anda disarankan untuk makan buah salak kerana ia boleh membantu proses pembentukan sel darah merah.
11. Kurang mual
Sudah menjadi kebiasaan, ibu hamil pastinya akan mengalami rasa loya, mual dan ingin muntah pada trimester pertama.
Bagi mengelakkan masalah ini berlarutan, anda dinasihatkan untuk makan buah salak. Ini kerana nutrisi yang ada dalam buah salak boleh membantu mengatasinya.
Walau bagaimanapun, mommy jangan makan terlalu banyak. Cukup 1 atau 2 sahaja setiap hari.
Baca juga: Doktor Kongsi 18 Pantang Larang Ketika Hamil, Buah Nanas Boleh Je Makan Rupanya!